"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana Allah SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus berhijab bila pulang nanti.
"Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-Nya. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja.
Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya," kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah.ZOoM : Alhamdulillah semoga apa yang anda usahakan akan mendapat balasan yang setimpal, Insyallah.
Sumber :Media Hiburan Online
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis