Sebelum ini Ogy berasa kecil hati dan terhina akibat sikap celupar mulut pelawak itu yang mempersendakan Allahyarham ibu bapanya iaitu seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) lalu.
Dan berikut beberapa ayat yang keluar daripada mulut Akak Ogy kita yang sporting dan tidak suka menyimpan dendam ini :
"Industri kita bukan besar mana pun. Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Jadi buat apa panjang-panjangkan hal macam ini.
"Memang betul saya marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia," katanya.
"Sebelum ini, saya terasa hati dengannya apabila dia ketawa dengan teguran saya
mengenai gurauannya itu selepas acara tersebut.
"Alhamdulillah, kini saya berasa lebih tenang selepas memaafkan Johan dan kemarahan itu sudah reda," katanya.
Apa kata anda ?Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!
Follow @zoomartis