Berikut beberapa ayat yang keluar daripada mulut bekas Juara AF4 ini mengenai apa yang berlaku sehinggakan beliau menjauhkan diri daripada dunia hiburan:
“Saya menjadi lebih baik kerana kejadian tragis yang menimpa saya itu disebabkan perbuatan kawan rapat. Ia menjadi pelajaran berharga buat saya,”
Penyanyi berusia 28 tahun ini memberitahu, antara faktor lain dia menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan tohmahan selepas dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah sedikit masa dahulu.
Walaupun tidak bimbang dengan dakwaan itu namun ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada dirinya.
“Saya tidak nafikan sedikit tertekan dengan pelbagai dakwaan serta gosip tidak berasas namun saya mampu menempuhi ujian tersebut,” ujarnya.
Sementara itu Faizal yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun berkata, dia tidak pernah melupakan dunia seni serta peminatnya dan berhasrat untuk kembali aktif sebagai penyanyi.
Keluarga Bahagia Faizal AF
Justeru dia sekarang sedang sibuk dengan pembikinan single terbaru bekerjasama dengan komposer Awang BPR.
“Saya akan memilih lagu terbaik yang akan dikeluarkan pada bulan April nanti,” katanya.
Ditanya adakah selama ini beliau lupa diri dan tenggelam dengan populariti dunia glamor, Faizal memberitahu apa yang penting selama bergelar artis dia sudah belajar bagaimana untuk mengendalikan tekanan hidup selain berusaha menjadi lebih matang sebagai seorang penyanyi.
“Yang pasti, saya akan kembali dan terimalah saya seadanya,” katanya.
Info : MStar
ZoOM : Welcome Back Faizal Sokmo....Lets Do It...!!!!
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis