Bahtera Puaka
Sewaktu aku berusia  7 tahun, keluargaku berpindah ke Bandar K yang terletak die Negeri Z...  Bandar ini hanyalah sebuah pekan kecil dengan tanah berpasir dimana  luasnya seluas mata memandang.... Menurut orang2 tua disini, dahulunya  tempat ini kaya dengan hasil timah... Tapi kini tandus dan yang tinggal  hanya lombong2 yang dalam dan luas.... 
Pada mulanya aku tiada  kawan di sini... Sekolah pula sangat jauh.... Aku pulang ke rumah dengan  menaiki bas yang usang... Dan sering kali aku tiba dirumah tatkala  senja telah tiba... 
Sehinggalah satu hari aku berkenalan dengan  Dat... Beliau berusia 11 tahun dan tidak bersekolah... Dat suka  menghabiskan masa seharian di lombong... bermain disana, memancing atau  mencari keladi air untuk makanan ternakan.... Malangnya, ku sangkakan  panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari... Umur Dat tak  panjang.... Tubuh yang kecil itu di jumpai terapung di permukaan  lombong.... Kini aku kembali keseorangan... Dan kini waktu cuti aku  sering ke lombong sendirian kerana mengenangkan Dat... 
Suatu  hari selepas puas bermain dengan kura2, aku melepak di tepi lombong lalu  aku rebahkan badan diatas atas rumputnya yang jarang....Lama aku  berbaring, dan kotak fikiranku teringat akan Dat yang bodoh2 dungu  itu.... Aku memikirkan bagaimana Dat boleh mati??? Dat perenang  handal... Jika hendak dibandingkan aku sorang yang tak tahu berenang  ni... Aku ketawa sendirian...
Tiba2 aku terdengar suara bergema  memanggil2 nama aku.... Tidak jelas tapi gemanya memecah kesunyian  siang.... Aku tahu... Aku kenal suara itu... Itu suara Dat.... Ya, suara  rakan ku... Nun disudut hujung lombong sana, aku terlihat sebuah  bahtera muncul.... Bahtera kayu yang kukuh.... Di dalamnya ada lelaki  dan wanita yang rupawan.... Berpakaian putih dan mereka kelihatan  gembira sambil menari-nari dan asyik melambai2 pada aku....  Dicelah-celah rupawan itu, aku nampak Dat.... Dat melambai2 padaku...  Kelihatan bagai satu pesta nampaknya...
Dat ketawa dan memanggil2  nama aku.... Suaranya begema... Kelihatan bahtera itu berhenti di  tengah lombong.... Lalu, Dat memanggil dan mengajak aku datang ke  bahtera tersebut... Mereka semua juga memanggil dan mengajak aku  datang.... Aku rasa asyik dan tepesona.... Bagai kan di pukau aku  berlari ke gigi lombong.... Tiba2 aku terasa kaki ku terbenam dan  tesangkut dalam lumpur lombong tersebut... Aku panik... Aku memandang ke  bawah melihat air lombong yang hitam dan dalam... Lalu, aku pandang  kedepan... Tiba2 badan Dat mengembung dan membengkak..... Urat2 berwarna  biru timbul di badan Dat... Dat menangis dan meraung.... Lelaki dan  wanita rupawan tadi kini bertukar pakaiannya dengan jubah yang buruk....  Wajah meraka bertukar tengkorak dengan gigi meyeringai.....
Mereka menarik Dat yang meronta2 dalam bahtera berlumut dan berlumpur..... Aku terpaku dan tidak berbuat apa2....
Aku  memandang bahtera tersebut, sehingga tiba2 semuanya lenyap menjadi  kabus putih dan kian menipis..... Kini aku mengerti bagaimana Dat boleh  lemas di lombong tersebut... 
ZoOM : Kesimpulannya jangan suka berangan-angan dan sentiasa berwaspada.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!   Follow @zoomartis 
