Julai 15, 2011

Info Kawasan Yang Teruk Dilanda Jerebu


Nampaknya keadaan jerebu masih lagi melanda di kebanyakkan kawasan di Malaysia...kawan Hijau Lestari di Taiping (kawasan yang paling banyak hujan/lembab di Malaysia) hanya mengalami hujan pada hari Ahad lepas..tu pun katanya tidaklah selebat mana pun...tetapi bersyukurlah juga kerana hujan dapat mengurangkan partikel habuk di udara...bagaimana warga kota? hari ini Kuala Lumpur dilaporkan kembali berjerebu...dengan campuran gas beracun seperti karbon monoksida dari asap kenderaan,keadaan ini mengundang keadaan tidak sihat kepada warga kota.Apa pun Hijau Lestari berharap semua pihak dapat mengambil iktibar bahawa fenomena El Nino hanyalah sedikit ujian dari Allah.

Info Pagi ini :

1- Perak - Manjung ( 88* )
2. Selangor - Kuala Selangor ( 81* )
3. Selangor - Pelabuhan Klang ( 75* )

Sepatutnya keadaan ini menginsafkan kita bahawa sumber air perlu dipelihara dengan baik.Kawasan tadahan seperti bukit dan gunung yang berhutan mesti dikekalkan.Kerajaan negeri seharusnya menguatkuasakan undang-undang melarang sebarang pencerobohan kawasan tadahan air,pemantauan juga perlu lebih kerap dan berjadual untuk mencegah pembalakan haram.Legeh sungai mesti dipelihara....kita perlu bersedia supaya kejadian keringnya empangan Durian Tunggal di Melaka suatu ketika dahulu tidak berulang lagi....

Hijau Lestari dah pun menulis tentang jerebu sebelum nie..tak cukup? baik...nie maklumat jerebu dari Kementerian kesihatan pulak...



APAKAH JEREBU
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ni mungkin berasal semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikeI-partikel ini wujud berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca-Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada;
  • Pembakaran secara terbuka
  • Asap dari kilang
  • Asap dari kenderaan
Hindari daripada perbuatan yang boleh menyebabkan jerebu
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagal panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

NILAI IPU
STATUS
0 – 50
Baik
51 – 100
Sederhana
101 – 200
Tidak Sihat
201 – 300
Sangat Tidak Sihat
301 – 500
Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahul tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah-Iangkah pencegahan.

Jerebu Mengancam Kesihatan Anda.

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

1. Kanak
2. Orang tua
3. Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
4. Perokok
5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda Dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau
  • sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Ku badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya unda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Cegahlah Penyakit Akibat Jerebu. Ikuti Nasihat Berikut:
  • Mereka yang mengalami penyakit penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang didalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan diluar rumah.
  • Orang ramal dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100)
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. 

    Info : GeogMalaysia


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!