Mac 28, 2011

Films : Sinopsis Filem Senja Kala

Satu lagi filem seram yang dihasilkan oleh Ahmad Idham untuk penonton diluar sana yang dijangka akan ditayangkan pada 14 April 2011.

Adakah filem ini dapat mengatasi filem Hantu Kak Limah !!!!? sama-sama kita tunggu dan lihat...


Pengarah : Ahmad Idham
Syarikat Penerbit : Excellent Pictures Sdn. Bhd. , MIG Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Ngeri
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 14 April 2011
Durasi : 90 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
SINOPSIS

Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana. Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. 


Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut.
Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka. Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri. 

Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada Harlina, bekas tunang Armand. Intan dan keluarganya amat membenci Armand dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina. Rupa-rupanya, Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi oleh Karlisa. Dan Karlisa dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut. Tetapi karlisa yang sedar ibunya telah lari daripada tanggungjawab keturunannya bagi membela saka, berdegil mahu bertanggungjawab. 

Ibu Karlisa, Puan Mazidah, tidak mahu menerima saka daripada Opah Maimoon kerana mahu menyelamatkan suaminya Tuan Shapie, dari menjadi mangsa saka. Akibatnya, ayah Armand, Tuan Salleh yang berada di sisi Opah maimoon sewaktu perempuan itu nazak, mengambil saka tersebut kerana kasihan. Namun, saka hanya menumpang dan tidak boleh dimusnahkan, selagi perjanjian di antara tuan asalnya tidak dibatalkan. Akhirnya, Armand setuju memberi saka itu semula kepada Karlisa dengan harapan sebaik saka kembali kepada tuan asalnya, saka itu boleh dimusnahkan dengan bantuan seorang ustaz, Ustaz Zailan. Namun saka itu tidak musnah dan masih berada bersama-sama Karlisa. 

Perwatakan Karlisa- berusia lewat 20an, seorang yang moden dan berpendirian. Namun, sejak kematian tunangnya, beliau jadi keliru dan susah hati. Karlisa kembali ke Kg Senja Lama, bagi mencari jawapan mimpi-mimpi peliknya. Di situ, beliau bertemu dan jatuh cinta dengan Armand, seorang lelaki penuh misteri yang digeruni penduduk kampung. Armand- berusia awal 30an, seorang yang pendiam, dan misteri. Digeruni penduduk kampung kerana dikatakan membela saka. Armand menderita sejak ayahnya, Tuan salleh, mengambil saka daripada Opah Maimoon. Dan apabila saka itu diturunkan kepadanya, hidup Armand lebih sukar. Tunangnya meninggal dunia menjadi mangsa saka. 

Dan apabila bertemu Karlisa, dan tahu Karlisa adalah tuan asal saka, dia masih tidak mahu mengembalikan saka itu kepada Karlisa. Isabella- berusia lewat 20an, sangat moden dan seksi berpakaian. Seorang yang manja dan menggoda. Tidak percaya kepada dunia ghaib tetapi mengalaminya ketika di kg Senja Lama. Isabella juga tergoda dengan Armand tetapi tidak menunjuk perasaan itu di depan Karlisa kerana sedar Karlisa jatuh cinta dengan Armand. Namun, Isabella mempunyai niat mahu ‘try’ Armand. Opah Maimoon- berusia 80an, dan membela saka sejak muda. Opah maimoon sebenarnya sudah meninggal dunia dan sakanya yang sedang menjaga rumahnya serta bertemu dengan Karlisa dan Isabella. 

Opah Maimoon hanya muncul menjelang senja hingga ke subuh. Intan – berusia 16 tahun, dan berkahwin muda kerana ayahnya bimbang menjadi mangsa saka Armand. Intan sedang mengandung dan beliau antara orang kampung yang mengetahui sejarah sebenar saka milik Armand. Dia mahukan kebenaran dan telah menceritakan semuanya kepada Karlisa. Puan mazidah – ibu karlisa yang telah lari dari kampung kerana tidak mahu menerima saka daripada ibunya, Opah Maimoon. Dia lari kerana tahu jika dia menerima saka tersebut, suaminya akan menjadi mangsa. Mazidah bagaimanapun terpaksa berdepan kenyataan apabila saka memanggil-manggil Karlisa. Tuan Shapie – mengetahui rahsia keluarga Mazidah dan amat memahami kehendak isterinya. Dia juga sayangkan anaknya. Shapie seorang yang warak.

ZoOm : Sinopsis pun dah seram....bulan April ni nak beli tiket la :) ..Apa pula kata anda !?


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!