Pak pandir bekerja sebagai penoreh getah...
dia selalu mengadu kepada isterinya yang kakinya selalu terpijak duri kerana
tIdak mempunyai alas kaki untuk ke kebun getah..
Isterinya pun memberinya sedikit wang dan menyuruhnya pergi ke pekan
untuk membeli sepasang kasut baru. Isterinya berpesan supaya menawar
harga kasut sebelum membayar.
Sesampainya di pekan Pak Pandir terus pergi ke sebuah kedai runcit.
Pak pandir membelek-belek sepasang kasut berjenama Fungkiong.
Beliau diperhatikan oleh tokeh kedai tersebut. setelah mencuba dan
berpuas hati kasut sesuai dengan saiznya maka
Pak Pakdir pun bertanya harga kasut tersebut.
Tokeh itu memberitahu harga kasut itu enam ringgit setengah.
Pak Pandir teringat pesan isterinya supaya menawar harga sebelum membayar.
Dia pun berkata, "Boleh kasi kurang kah tokeh?".
Tokeh kedai menjawab "Berapa awak minta kurang?"
Pak Pandir menjawab " Kasi kurang dua ringgit lah.."
Tokeh itu menjawab, "Ok lah,... pakcik punya pasal saya kasi kurang dua ringgit"
Pak Pandir pun gembira lalu membayar harga yang di fikirkannya betul.
Tokeh kedai menerima duit yang diberi oleh Pak Pandir tanpa banyak soal.
Sesampainya di rumah Pak Pakdir bukan main gembira menceritakan pada isterinya
perihal dia menawar harga kasut tersebut.
Isterinya bertanya, "Berapa harga kasut tu bang?"
Pak Pandir menjawab, "Harganya enam ringgit setengah... saya tawar tokeh kasi kurang dua ringgit.
jadi saya bayar sepuluh ringgit lah.."
Isterinya tercengang mendengar cerita Pak Pandir.. dia bengong bagaimana
harga enam ringgit setengah bila di tawar harga menjadi semakin tinggi...
Dia pun bertanya Pak Pandir kenapa harga enam ringgit setengah di tawar jadi sepuluh ringgit...
Pak Pandir selamba menjawab..., "Harga kasut tu enam ringgit setengah, kalau nak yang setengah lagi tentulah kena bayar duabelas ringgit, dikurangkan dua ringgit jadi sepuluh ringgitlah" jawab pak pandir.
Isterinya berkata dalam hati... "Laki aku ni bodoh ke bangang ahhh.....??!!"