Pada 29 September 2010 genaplah umur Iqram Dinzly 30 tahun dan sebelum tarikh tersebut beliau ingin mencari seseorang untuk menjadi pasangan hidup. JIka gagal Iqram akan serahkan kepada keluarga untuk mencari pasangan untuknya.
Berikut "Statement" Iqram apabila ditanya oleh wartawan mengenai jodohnya ..
“Saya akan masuk umur yang ke 30 pada tahun ini dan sememangnya saya mahu kahwin. Jadi, saya dah beritahu ibu yang saya akan cari calon isteri pada tahun ini juga.
“Kalau ditakdirkan tak ada mana-mana wanita yang sesuai menjadi isteri saya, saya serahkan kepada ibu untuk membuat pilihan,” katanya