Isnin :
Kad kredit saya telah dicuri, saya tidak membuat laporan polis kerana pencuri itu tidak menggunakan wang sebanyak yang digunakan oleh isteri saya.
Selasa :
Isteri bertanya kepada saya,”Sayang, tempat mana yang terbaik untuk merayakan hari ulang tahun perkahwinan kita?”
Isteri saya menjawab, “Cubalah ketempat yang belum pernah saya lawati.”
Malam itu saya mendapat satu penampar kerana membawa isteri saya ke dapur rumah .
Rabu :
Kalau keluar bersama-sama, kami selalu berpegangan tangan. Hari ini saya terlepaskan pimpinan tangannya, sedar-sedar dia sudah ketempat barangan kemas.
Kamis :
Isteriku paling suka membeli barangan kemas. Hari ini dia telah membeli rantai emas sebesar rantai basikal. Untuk kenang-kenangan katanya.
Jumaat:
Hobi isteriku adalah membeli belah, membeli belah, dan membeli belah. Oleh kerana minggu ini dia demam, malam tadi aku dengar ada 3 buah pasaraya telah bankrup.
Sabtu :
Dia suka mengumpulkan alatan elektrik untuk perhiasan.. Dia beli cerek elektrik, periuk nasi elektrik, blender elektrik, dan semuanya serba elektrik.
Pagi tadi dia tanya,“Ayang, ayang rasa, barang apa yang belum saya miliki?”;
Saya belikan dia sebuah kerusi elektrik !- dapat lagi satu penampar.
Hari Minggu :
Hari ini, isteri saya menelefon saya dan mengeluh, keretanya rosak dan tidak dapat bergerak lagi.
Saya tanya apa sebabnya,
Dia kata ada air dikarburatornya.
Saya bertanya kereta ada dimana,
Dia kata terbabas ke dalam Laut Danga Bay.