Oktober 21, 2010

Cerita lawak : Pak Kasim Dan Anak Dara Suntinya

"pak kasim seorang yg tamak harta.. Dia menawarkan anak dara suntinya
yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja..suatu hari datang
la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas sembahyang.
Setelah 3 hari berkahwin.. Seman masih duk kat umah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah.seman gelabah.. Sebelum ini dia tak pernah sembahyang. Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. Camner ni.. Abg tak penah sembahyang ni"



"takpe bang.. Abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik
perlahan.. Seman pun keluar untuk sembahyang bersama pak kasim.
Setelah pak kasim takbir.. Seman ikut takbir... Lalu pak kasim membaca surah alfatihah..

"bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim..."

aisyh! Pelik menantu aku ni. Mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam
je yg baca kuat.. Getus hati pak kasim.. Pak kasim buat selamba. Dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.

Pak kasim pelik.. Lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat
seman. Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! Gila ke menantu aku ni??"

pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. Leman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. Pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju kesawah di tepi rumahnya.

Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.

Pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. Apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. Susah ye nak sembahyang maghrib ni. Baru saya tau. Sampai kena berlari.."