1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium
kita boleh dapat banyak kondom terpakai.
2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila
melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di
sesetengah kawasan.
3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat,
kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua
tat, tiga tat, sampai lapan.
4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka.
"Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana
ni?"
5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu '*** queue' haram
dimakan oleh orang Islam.
6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak
kena cabai, cuba la cakap *** kat depan orang tua-tua.
7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
8. Si Bohsia dan Bohjan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.
9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan. astaghfirullahalazim...
10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru
diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L.
Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.
11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau2 mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)