Ogos 09, 2010

Lan & Typewrite Jawap Gossip Putus Tunang !!

AYA masih tunang kepada Normala Hasan. Saya juga tidak pernah mengatakan hasrat untuk memutuskan ikatan pertunangan yang dimeterai sejak pertengahan tahun lalu.
''Memang benar terdapat sedikit perselisihan faham yang berlaku pada bulan lalu. Apa sebabnya, tidak perlulah saya jelaskan. Ia bersifat peribadi dan biarlah saya menyimpannya.

''Sebab itu, saya mahu melanjutkan tempoh perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada 7 November ini. Itu adalah cara terbaik untuk memperbaiki keadaan dan hubungan kami,''
bicara awal vokalis Lan & The Typewriter pada perbualan Rabu lalu.

Katanya, perkara tersebut sudah pun disuarakan kepada keluarga. Turut dinyatakan alasan kukuh yang menyokong kepada permintaan bekas vokalis kumpulan Meet Uncle Hussain itu.

Bagi Lan, selagi tiada rombongan rasmi dari keluarganya ke rumah bakal mentua di Johor Bharu, tiada siapa boleh membuat andaian negatif tentang hubungan dirinya dengan ejen pelancongan tersebut.



Zoom: satu lagi kisah sedih mengenai artis kita yang kini sedang bertarung dengan kisah pertunangan mereka, semoga akan berakhir di jinjang pelamin indah dan seterusnya ke akhir hayat..