Apabila masuk bulan Ramadan, aktiviti hiburan melibatkan selebriti Melayu diberhentikan. Kalau adapun agenda yang bersifat amal. Artis jaga ada banyak peluang menghulurkan tangan untuk aktiviti amal.
Dafi juga tidak ketinggalan. Banyak acara membabitkan anak yatim sering disertainya sepanjang tiga tahun menjadi penyanyi. Dafi berkorban suasana meriah berbuka puasa dengan keluarga demi memenuhi undangan ke majlis amal. Dafi dan kelab peminat oficialnya, Dafi-FC juga merancang meneruskan aktiviti amal bulan Ramadan ini.
Dafi prihatin nasib orang yang kurang bernasib baik."Insya-Allah kalau semua perancangan berjalan baik, Dafi bersama kelab peminat Dafi akan berkunjung ke rumah keluarga miskin untuk memberikan sumbangan. Bantuan yang dihulurkan adalah dari segi bekalan makanan.
"Kami juga rancang berbuka puasa bersama mereka. Ini sudah tentu merapatkan hubungan hugungan Dafi-FC dengan masyarakat. Kalau masa mengiizinkan, Dafi juga bercadang menghabsikan masa untuk bersahur dengan mereka. Ini pasti akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan," kata Dafi.
Dafi-FC juga ada anak angkat di sebah rumah anak yatim, iaitu Asrama Anak-anak Yatim Darul Taqwa, Kuala Lumpur.