Ogos 13, 2010

Blackberry Mungkin Di Haramkan Di Malaysia

Selepas beberapa negara Arab mengutarakan pendapat untuk mengharamkan penggunaan BlackBerry di negara mereka, kini beberapa kemungkinan mengatakan yang mana Malaysia turut dalam perancangan untuk melakukan perkara yang lebih kurang serupa.



Antara alasan yang diutarakan berkenaan dengan kemungkinan ini adalah disebabkan oleh masalah sekuriti, disebabkan oleh server BlackBerry yang terletak di negara luar, selain Malaysia yang tidak mempunyai akses kepada data tersebut, sekaligus membawa kebarangkalian yang tinggi untuk rahsia negara terdedah kepada pihak luar.


Sebelum ini, ianya pernah diumumkan bahawa lebih 1.5 juta rakyat Malaysia yang menggunakan BlackBerry tidak akan terjejas, dan langkah pengharaman tidak akan dilakukan di Malaysia.


Buat masa ini, RIM, syarikat disebalik BlackBerry dikatakan dalam perbincangan bersama Saudi Arabia berkenaan dengan perkara ini, dan mungkin akan berbincang dengan negara-negara lain pada masa yang sama. Antara negara yang dalam perancangan untuk mengharamkan Blackberry disebabkan masalah keselamatan adalah termasuk UAE, dan India.