Ogos 12, 2010

Akaun Facebook Aida Gadis Melayu Kena Hack

Inilah zaman sekarang kalau tak ada kerja ceroboh laman web dan sosial je kerjanya.Hikmah dari kisah Aida ini sila ubah password setiap sebulan sekali atau gunakan password yang menggunakan huruf kecil/besar dan no atau simbol dalam pemilihan password.



JUARA Gadis Melayu musim pertama, Khairul Noormaaidah Zali atau Aida mendakwa akaun e-mel yang didaftarkan pada Facebooknya telah diceroboh.


Baru menyedarinya lima hari lalu, Aida berkata, dia tidak menyangka akaun e-melnya telah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana sibuk berkerja.
Aida menggunakan e-mel khairulnoormaaidah@yahoo.com termasuk untuk akaun Facebook miliknya tetapi akibat perbuatan jahat sesetengah pihak itu, dia terpaksa menukar e-mel berkenaan.