Julai 20, 2010

Rozita Che Wan Nak Bersara Kerana Gossip !!

Sejak akhir-akhir ini beberapa orang artis yang mempunyai nama besar di arena hiburan di Malaysia ingin mengundur diri dalam dunia artis.Sebab dan kenapa ia berlaku turut menjadi pertanyaan setiap peminant yang tak putus-putus menyokong mereka.Salah satu sebab artis kita bersara kerana ingin menceburi bidang perniagaan dan gossip yang melampau, ikuti luahan Rozita Che Wan mengenai pengundurannya tahun depan.

"Sama ada saya akan berkahwin atau tidak pada tahun hadapan, saya akan tetap bersara dalam bidang seni," katanya.



Ujar Rozita, dia sebenarnya sudah penat untuk berlakon selain memikirkan usianya juga sudah meningkat.


Ketika peningkatan usia seseorang artis kata Rozita, belum tentu peluang berlakon untuk mereka datang mencurah-curah.


“Tahun depan saya dah berumur 38 tahun. Waktu tu, belum tentu orang nak ambil saya berlakon lagi. Kalau ada pun, mungkin saya akan terima satu atau dua tawaran sahaja," katanya.


Tambah Rozita, gosip yang sering dilemparkan terhadapnya selama ini juga turut menjadi faktor kenapa dia membuat keputusan untuk bersara sebagai pelakon.

Kerana gosip-gosip itu, Rozita pernah didatangi isteri orang kenamaan yang bertindak hendak memukulnya.


“Selain itu, bila saya pakai skirt dan nampak peha pun boleh jadi bahan gosip. Itu yang saya sedih sangat.