Jun 11, 2010

Luahan Irma Mengenai Gossip Hubungan Dengan Nabil Sudah Berakhir

Panas juga gossip mengenai Irma dan Nabil sudah tidak menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih, mana taknya desas desus mengatakan mereka ingin merapatkan silaturahim senyap macam tu je.berikut luahan dan jawapan Irma mengenai gossip hubungannya dengan Nabil.



"Saya dapat tahu gosip kami kononnya sudah putus cinta apabila ada peminat bertanya mengenai perkara itu dalam facebook (fb). Ada juga kawan rapat yang bertanya perkara yang sama. "Pada masa sama, ada juga gosip mengatakan saya sudah berjumpa pereka fesyen untuk tempah baju pengantin. Teruk saya kena marah dengan kawan-kawan yang tanya kenapa saya tidak jemput mereka ke majlis 'perkahwinan' kami? "Tidak cukup dengan itu, ibu saya sendiri turut menegur bagaimana gosip seperti itu boleh tersebar.
 "Hakikatnya, semua gosip itu tidak benar sama sekali kerana saya dan Nabil belum merancang berkahwin dalam tempoh terdekat ini. Pada masa yang sama kami juga tidak pernah berpisah," katanya. Bagaimanapun, Irma menafikan dia dan Nabil ada musuh di luar sana. "Saya tak tahu apa motif gosip ini. Kalau ada pihak tak puas hati dengan kami, janganlah segan datang berjumpa kami. Kami boleh bersemuka dengan baik," pinta Irma.
Yang jelas kata Irma lagi, hubungan dia dan Nabil berjalan seperti biasa dan tidak ada sebarang masalah "Setakat pertengkaran manja-manja, biasalah. Saya dan Nabil tak cepat melatah kalau terkena gosip liar. Kami sedia beri penjelasan kepada pihak media kalau ada yang bertanya mengenainya.

"Saya juga tidak berdepan dengan tekanan apabila terkena gosip seperti itu kerana kami lebih suka mengambil pendekatan berdiam diri hinggalah gosip itu senyap dengan sendiri," katanya. Seperti pasangan lain kata Irma, dia dan Nabil pasti mencuri masa untuk keluar bersama.

"Maklumlah, kami sibuk dengan karier seni masing-masing. Sebelum ini, ada orang kata kami selalu berkepit. Sekarang kami cuba menjarakkan sedikit agar tidak bosan," katanya. Buat masa ini, Irma terus sibuk dengan lakonan dan belum terfikir soal berkahwin dengan Nabil.

"Kalau ada jodoh, kami akan kahwinlah. Biarlah kami berdua fokus kepada karier seni masing-masing dulu," katanya. Mengenai perkembangan karier seninya pula, rezeki Irma kian bertambah.

Zoom: Apa kata anda !?