Mei 21, 2010

Joe Flizzow Kurus Kerana Diet

Menurut mentor kepada peserta program Mentor 4, Ila, perubahan pada fizikalnya adalah berpunca daripada kesedaran terhadap kepentingan untuk menjaga kesihatan selain untuk memantapkan stamina.


"Atas kesedaran terhadap kesihatan dan untuk memantapkan stamina, saya buat keputusan untuk mula mengamalkan diet dalam pemakanan saya.
"Sebelum ini, saya suka makan apa sahaja tidak kira pada waktu tengah malam atau bila-bila masa tanpa sekatan," katanya yang mula berdiet sejak beberapa bulan lalu.

"Saya semakin kurus bukan sebab sakit tapi sebab sedang mengamalkan diet. Sebelum ini, saya agak 'besar' dan mudah letih serta kurang berstamina.
"Sejak mengamalkan diet dalam pemakanan saya beberapa bulan yang lalu, berat badan sekarang pun sudah berkurangan sebanyak 6kg daripada berat sebelum ini 80kg," katanya.


Zoom: 74 Kg dah kira "Stable" sebab badan Joe Pun tinggi jangan terlebih diet sudah..nanti badan pula yang jadi mangsa..Apa kata anda dengan Diet2 ni !!!?