April 24, 2010

Liza isteri Ajai selamat melahirkan anak perempuan !!

Alhamdulillah semoga murah rezeki keluarga ini, Semalam 23/4/2010 pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan  yang comel.


Liza melahirkan bayi itu secara normal yang diberi nama Danisha dengan berat 2.9 kilogram, jam 5.10 petang di Pusat Perubatan Roopi, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.


Pasangan berkenaan berkahwin dengan meriah di Pulau Pinang, Ogos 2008. Sebelum ini Ajai mempunyai seorang anak perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 11 tahun hasil perkahwinan pertama bersama penyanyi seksi, Nurul Wahab. Semoga rezeki Ajai dan Liza akan bertambah makmur selepas ini. -hMetro