April 23, 2010

Kes Perbicaraan Cerai Aleeza-Mohd Fauzi Ditangguhkan


PETALING JAYA: Kes perbicaraan penceraian pelakon dan model terkenal, Aleeza Kassim dan suaminya, Mohd Fauzi Che Rus yang sepatutnya diadakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam ditangguhkan ke satu tarikh lain.


Kes itu sepatutnya didengar di hadapan hakim syarie, Ghazali Ahmad.
Menurut pegawai mahkamah, Mohd Fauzi telah mengemukakan surat permohonan penangguhan kes perbicaraan itu pada minggu lalu.


Bagaimanapun, pegawai terbabit berkata, mahkamah belum menetapkan tarikh lagi.
Katanya, Mohd Fauzi memberikan sebab penangguhan kes itu ekoran Aleeza berada di luar negara sekarang.


Kedua-dua Mohd Fauzi, 45, dan Aleeza, 39, tidak hadir ke mahkamah. Mereka dikatakan tidak diwakili peguam bela.


Aleeza yang kini sedang popular menerusi drama Kasih Tercipta difahamkan telah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya pada Februari lalu di rumah mereka di Hyatt Saujana, Subang Jaya.


Zoom: Cerai lagi....komen please !!!!