Pelakon kontroversi Fasha Sandha sekali lagi dikatakan punca keretakan rumahtangga orang.
Kali ini membabitkan rumahtangga pasangan pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar. Mahligai yang dibina Zamarul dan Diana sejak Mei tahun lepas dikhabarkan bergolak gara-gara tindakan Fasha memuat turun gambarnya bersama Zamarul dalam satu forum menerusi blog Dramafilmakers.
Ekoran tindakan Fasha itu, Zamarul dikatakan naik angin dan memarahi Fasha di lokasi penggambaran drama ‘Dia Atilia’ sehingga Fasha menangis. Menurut sumber, Zamarul marah kerana tindakan Fasha yang memuat turun gambar itu tanpa kebenarannya.

Pada mulanya Diana agak keberatan untuk ditemubual, namun akhirnya Diana sudi bekerjasama.
Apabila ditanya sejauh mana kebenaran suaminya itu memarahi Fasha di lokasi, Diana menjawab, “Diana tak nampak situasi itu. Diana pun dengar dari krew-krew, so Diana tak nak komen lebih-lebih tentang perkara ini.
“Gambar tu takde apa-apa pun, gambar pose je. Fasha dalam karakter dia dan Zamarul dalam karakter dia. Cuma Zamarul sakit hati bila Fasha keluarkan gambar Zamarul tanpa pengetahuan Zamarul. Prinsip Zamarul dia memang tidak gemar gambarnya dimuat turun di mana-mana.