Mac 11, 2010

Tiket Konsert Zee habis di jual !!



Dilahirkan dengan nama Izyan Alirahman, 24, atau lebih dikenali Zee Avi kini sudah boleh berbangga kerana berjaya menakluk beberapa negara Eropah selepas memperkenalkan muzik soul dan Jazz yang dibawanya.

Terbaru, Zee Avi kini sedang sibuk dengan aktiviti jelajah Australia selepas mengadakan persembahannya di California dengan memperkenalkan lagu-lagu nyanyiannya.
Tiada siapa menjangka, tuahnya selepas dilamar syarikat rakaman dari Amerika Syarikat beberapa tahun dahulu membuatkannya kini sebaris dengan artis Hollywood lain.
Selepas berjaya membina kerjayanya di sana, Zee Avi buat pertama kalinya akan mengadakan konsert di negara kelahirannya ini.

Konsert yang bakal diadakan di Kuala Lumpur Live @ Life Centre pada 20 Mac ini akan bermula pada pukul 8 malam yang bakal dihadiri 3000 peminatnya.

Mana tak habis..tiket yang dijual tidak terlalu mahal yang hanya bermula daripada RM55, RM105 dan 205 sahaja.

Zoom mewakili Zoomartis mengucapkan Tahniah kepada anak kelahiran sarawak ini..