Februari 09, 2010

(Coretan Artis) Ifa Raziah dipaksa kahwin Warga Asing !!!?

Jika anda hanya membaca tajuk atau topic pastinya anda terfikir kenapa Akak Ifa Raziah ini dipaksa berkahwin dengan warga Asing !!!

Persoalan demi persoalan akan menjadi tanda tanya di kepala anda !! Bukan setakat anda tetapi Zoom sendiri ingin merungkai apakah yang telah terjadi kepada akak Ifa Raziah kita yang terkenal dengan sifat peramah dan sepontannya.



Baca Selanjutnya

Kerana sifat ingin tahu mengenai perkara yang sebenarnya, Zoom membaca perenggan demi perenggan mengenai kisah Ifa di Majalah terkenal di Malaysia.

Satu persatu persoalan yang pada mulanya berlegar-legar di kepala Zoom akhirnya terungkai dengan membaca luahan dan cerita Ifa Raziah mengenai kisah silamnya.

Zoom tabik spring kat Ifa Raziah kerana berani berkongsi cerita mengenai kisah peribadi walaupun beliau mengetahui pasti akan ada pihak yang akan bercerita mengenai kisah silamnnya.

Tapi bagi Zoom Ifa Raziah adalah seorang insan yang tabah dan berani menghadapi segala dugaan yang mendatang.

Zoom Ringkaskan kisah Akak Ifa kita ni untuk tatapan dan renungan bersama, pada usia muda Ifa meminati bidang nyanyian, namun mendapat halangan daripada keluarga terutamanya Ayah beliau.

Kerana takut Arwah ayah dan ibu bergaduh Ifa di kahwinkan dengan seorang warga asing dari Indonesia.Namun semuanya menjadi detik hitam kerana bekas suami Ifa berkahwin hanya kerana ingin menjadi rakyat Malaysia.

Dalam usia semuda 18 tahun berkahwin dengan warga asing berusia 25 tahun pastinya menjadi igauan setiap anak gadis yang senasib dengan beliau.Bagaimanapun perkahwinan hanya bertahan setahun sebelum si Suami jalang meninggalkan beliau dengan kembali ke negara asal.

Rupa-rupanya si bekas suami sudah mempunyai seorang isteri di seberang sana,kisah penceraian Ifa semakin rumit kerana si bekas suami tidak menceraikannya sehinggalah Ifa memfailkan cerai taklik di mahkamah.

Itu sahaja yang zoom dapat kongsi bersama mengenai Akak Ifa kita ini, cerita selanjutnya akan Zoom kongsi lagi jika INFO selanjutnya di siarkan..

(Harap Maaf.. kisah ini zoom "type" untuk kita berkongsi bersama, segala kesilapan amatlah di kesali..Thanks alls)

Zoom: Apa kata anda ?