Februari 21, 2010

(Cerita Artis) Peserta Idola Kecil 2 dalam Misteri Rumah Tua



Para peserta 'Idola Kecil 2' mencuba pula nasib di dalam bidang lakonan menerusi drama bersiri tiga episod, 'Misteri Rumah Tua'.
Penggambaran diadakan di sekitar Hulu Pangsun, Hulu Selangor bermula 12 hingga 21 Februari, dan drama ini akan disiarkan di TV9 ketika cuti sekolah pada 15 - 17 Mac, jam 7 malam.

Adik-adik 'Idola Kecil 2' akan bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Illya (Senario) yang melakonkan watak sebagai bapa tiri Dayana dan Arill, serta Fizz Fairuz sebagai bapa Azzam.

Kisah ini bermula apabila Azzam, yang baru kematian ibu, selalu bermimpi ngeri, di mana dia bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan berpakaian serba putih.

Apabila Azzam menceritakan mimpinya itu kepada bapanya, dia disangka masih trauma atas kehilangan ibu tersayang dan dibawa pulang ke kampung untuk berehat. Di kampung, Azzam terlihat rumah usang yang sering muncul di dalam mimpinya. Dengan bantuan sepupu dan rakan-rakan, Azzam mendapati rumah itu didiami seorang lelaki yang tidak pernah bercampur dengan jiran tetangganya.