Februari 16, 2010

(Cerita Artis) Kisah Raja Bersiong yang modern

Kisahnya bermula dengan Raja Wakarima (Helmi Hussain) yang mahu kekal muda dengan menghisap darah manusia tetapi telah berjaya ditumpaskan oleh Arya Mitra (Abu Bakar Juah), seorang pembesar istana. Tubuh Raja Wakarima telah dipasung oleh Arya Mitra dalam keranda untuk memastikan tiada kesan peninggalan Raja Wakarima kekal di kerajaan Pancadi.