Baca Selanjutnya
Bau, mungkin agak asing bagi peminat muzik arus perdana, namun band ini telah bergerak aktif di kalangan peminat muzik indie sejak 2002. Program Sehati Berdansa sedikit sebanyak menaikkan nama Ash yang bertanggungjawab menubuhkan band ini. Bau membariskan enam anggota yang terdiri daripada Iss (vokal), Ash (keyboard), D (gitar kedua), Dino (gitar utama), Naz (Bass), dan An (dram).
"Orang kata enam ahli menyukarkan perjalanan band, namun sebenarnya kami rasa lebih kukuh dan kuat. Lupakan soal pembahagian rezeki kerana kami masing-masing mempunyai kerjaya sendiri. Kenapa Bau? Sebab nama itu ringkas dan mudah untuk ingat,"tegas An.
Tujuh tahun memperjuangkan muzik, namun Bau masih di takuk lama. Merakamkan soundtrack untuk Ponti Anak Remaja (Demokratik Republik) dan Sinderella (Warkah) namun Bau masih kurang menonjol berbanding band indie lain yang dilihat sungguh mudah mencipta nama seperti Hujan dan Meet Uncle Hussein. Tak tahu di mana silapnya. Pertama kali mendengar lagu Anggun yang didendangkan, tertanya-tanya juga mengapa susah menjual produk Bau sedangkan dapat dilihat kualiti pada lagu yang dibawa.
"Masalah kami bukanlah pada melodi, namun kerana kurangnya promosi yang dilakukan. Jika ada pun, tidaklah agresif seperti yang dilakukan band lain.
"Lagu yang tak sedap tapi kalau selalu dimainkan di radio, orang akan suka. Bukan tak pernah hantar lagu kami ke stesen radio namun mereka tak putarkan lagu kami. Sebab tu kami tengah mencari seseorang yang boleh membantu kami ke arah itu
"Industri muzik sekarang dalam keadaan tenat. Jika kita buat album pun, peminat lebih suka download di internet. Penyanyi susah nak cari makan zaman ini. Sebab itu kami tengah cari strategi untuk membuat promosi,"jelas An panjang lebar.
Zoom: Kepada yang ada myspace bolehlah add mereka di www.myspace.com/baufc , kesian kerana terpaksa bergerak sendiri untuk mempejuangkan muzik mereka.