Januari 02, 2010

(Cerita Artis) Siti harap melahirkan anak pada tahun 2010


Kesian kat dato siti kita ni, sampai sekarang belum mempunyai cahaya mata hasil hubungan dengan Dato K. Anak tiri adalah, semuanya sudah dewasa, walaupun sudah menjadi ibu kepada anak-anak Dato K namun zuriat dari darah daging sendiri masih belum beliau kecapi..Jum kita ZoOm kisah Siti nurhaliza yang inginkan anak...!!!



Baca Selanjutnya

Setelah Datuk Siti Nurhaliza mendirikan rumahtangga dengan suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kira-kira tiga tahun lalu, soalan tentang cahaya mata tidak pernah lekang ditanya pada empunya badan. Beliau tidak pula menunjukkan riak bosan, malah penyanyi ini tidak kisah untuk terus 'melayan' soalan-soalan itu yang sering diajukan oleh wartawan mahupun peminat-peminat. Tatkala bertemu dengannya pada sesi latihan konsert Bagaikan Sakti bersama M.Nasir kelmarin, Siti akui impian untuk bergelar ibu masih tersemat kemas di dalam dirinya. Malah, salah satu harapannya menjelang tahun 2010 ialah agar doa itu dimakbulkan tuhan.


"Bila masuknya tahun baru nanti, umur saya pun akan meningkat. Sudah tentu saya akan sentiasa berdoa agar terus dimurahkan rezeki dalam karier serta dikurniakan anak yang memang amat saya nanti-nantikan. Saya tidak nafikan, adakalanya sering terfikir juga tentang anak. Tapi, saya tidak mahu terlalu ambil serius sehingga menjadikan diri saya tertekan. Kalau ada rezeki, adalah. Saya hanya berusaha. Daripada stres memikirkan tentang perkara ini, lebih baik saya buat kerja seperti biasa. Lagipun, saya tidaklah 'terasa' sangat kerana suami pun ada anak-anak...anak-anak saudara pun ramai,"
kata Siti dalam nada ceria.