Julia Ziegler ialah pelakon yang popular menerusi filem Kayangan dan Jangan Tegur. Kini, dia telah berusia 25 tahun. Dia pun sudah bersedia untuk melangkah ke gerbang perkahwinan. Tetapi, belum bertemu lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami.
Dia sebenarnya amat teringin untuk ada anak sendiri. Dia sudah 'takut' dengan lelaki kerana asyik dikecewakan. Dia berkata, sebagai perempuan, dia masih memasang impian untuk berkahwin. Cuma setakat ini, belum bertemu yang sesuai. Bukannya dia memilih sangat, hanya dia cuma ingin seseorang yang boleh memahami dirinya.
Kata anak ketiga daripada empat beradik ini, walaupun pernah dilabel sebagai 'perampas' dan dikatakan rapat dengan beberapa artis lelaki sekadar untuk kepentingan diri sendiri, Julia tidak pernah melenting atau melatah dengan tohmahan seperti itu. Bagi gadis kelahiran Ampang ini, subjek 'cinta' dan 'jodoh' cukup sukar untuk dibicarakan olehnya kerana tidak semua akan faham apa yang dirasai dalam dirinya.
Baca Selanjutnya
"Bila saya dilabelkan seperti itu, saya hanya mampu tersenyum saja. Lagipun, mengapa perlu saya melenting kerana cerita-cerita yang keluar itu adalah gosip semata-mata. Masyarakat bebas untuk membuat penilaian. Cuma apa yang pasti, saya ketika ini memang masih solo sejak putus cinta kira-kira tiga tahun lalu," tuturnya.
Diusik sama ada dia tidak kisah menjalinkan kasih dengan suami orang, sambil ketawa Julia menjawab:
"Susahnya jawab soalan ini. Sebagai orang Islam, saya tidak menentang poligami. Cuma saya berharap agar 'dielakkan' daripada bercinta dengan suami orang. Tetapi kita tidak pernah tahu apa yang bakal kita hadapi kelak. Lagipun urusan tentang jodoh ini adalah daripada Allah. Siapa saya untuk menentang apa yang telah ditetapkan," tegas Julia.
Zoom: Kami di zoomartis mendoakan semoga anda bertemu dengan seseorang yang sesuai dengan anda, tapi pastikanlah sidia memahami tugas anda sebagai selebriti...Apa kata anda ?