Mei 06, 2009

(Panas) Saya Masih Single dan Vogue - Azharina Azhar


Masih ramai yang tertanya-tanya, apa status terkini Azharina Azhar. Semua pun sudah tahu Azharina dahulunya adalah isteri kepada Datuk Sukri Mohd (Datuk S). Selepas bercerai, Azharina boleh diketegorikan sebagai artis *jan paling berhias. Maklumlah masin vogue dan bergetah.

Kosmo Online hari ini ada menemubual Azharina bertanyakan mengenai gosip terbaru yang kononnya Azharina dah mempunyai suami baru dari golongan pembesar Kelantan. Siapa punya buah mulut la agaknya ya? Zoom tak pula menyiarkan gosip tersebut kerana kami pun masih samar-samar akan buah mulut orang ramai ni. Tak boleh juga nak pegang pada prinsip kalau tiada angin, masakkan KLCC bergoyang. Hehehe.

“Banyak jugalah terdengar tentang saya yang sudah bertunang dengan orang itu dan ini serta berkahwin lain dengan individu dari negara Filipina sewaktu masih berada dalam edah. Sedangkan saya tidak ada kawan lelaki dari negara itu. Bagaimana pula orang boleh membuat tuduhan saya sudah berkahwin. Pelik rasanya dengar bermacam-macam kisah tentang diri saya selepas hidup solo. Demi Allah saya masih belum berkahwin. Entah Datuk mana lagi yang dikaitkan berkahwin dengan saya. Lebih baik peminat periksa betul-betul tentang kesahihan perkara ini,” - Azharina

Itu jawapan Azharina. Terpulang pada anda mahu percaya atau tidak. Tapi kalau dah berani sebut “Demi Allah”, percayakan sahajalah. Bila ditanya pula mengenai gosip yang kononnya Azharina dah rujuk semula dengan Datuk Sukri Mohd, jawapan Azharina…

“Saya berani menjunjung al-Quran bahawa saya tidak pernah rujuk kembali dengan bekas suami, bahkan saya tidak ada sebarang perancangan untuk melakukan keputusan tersebut. Ini semua fitnah belaka. Kami tidak ada apa-apa hubungan lagi. Dia ada hidup sendiri dan sama juga dengan saya. Tolong jangan mereka-reka cerita kerana dia kini sedang berbahagia bersama isterinya. Memang hubungan kami rapat sebagai kawan dalam menguruskan bisnes. Kami juga selalu berhubung, namun ia tidak bermakna saya menjalinkan semula hubungan dengannya.”

Harap pengakuan penuh ikhlas dari Azharina ini menjawab segala persoalan. Bagus bila tuan badan sendiri bersuara dengan pengakuan berani mati. Barulah tidak menjadi bahan gosip murahan seperti ramai artis lain. Semoga Azharina terus berjaya dalam industri muzik negara ini.

- Artikel oleh Khai | Qoute Azharina oleh Kosmo.