Mei 21, 2009

Info : Hari Bahagia Adlin dan emelda jumaat ni


ESOK hari Jumaat, maknanya hari bahagia buat bakal pasangan kekasih, Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila yang bakal disatukan di Masjid An-Nur, Batu 8, Tambun, Perak.

Kahwin jugak si pengkritik AF paling ‘jujur’, Adlin tu ya. Maklumlah hidup solo pun dah lama. Kalau selama ini ‘kurang kasih sayang, harap lepas kahwin nanti, Adlin dan Emelda kekal bahagia ke akhir hayat.

Yelah, sebelum bertemu Adlin, Marilyn dapat tahu bahawa Emelda telah buat pilihan besar dalam hidupnya. Konon-konon, asalnya Adlin cuma salah seorang kenalan kepada kekasih Emelda satu ketika dahulu. Kekasih Emelda dulupun pelakon juga, ala-ala sealiran jugalah dengan Adlin. Kalau sebut nama semua orang kenal. Dengar cerita, lama juga bekas kekasih Emelda tu, makan hati berulam jantung bila putus cinta dengan Emelda. Remuk rendam jugalah jantungnya bila kekasih berubah hati.

Marilyn cuma kagum dengan kesungguhan dan keutuhan cinta Adlin dan Emelda tu. Kiranya keputusan dan perjalanan kasih mereka berbaloi dan sampai ke jinjang pelamin walaupun ada halangan awal. Untuk Adlin, janganlah tabiat jujur mengkritik sampai mengguriskan hati si isteri pula nanti.