Mei 09, 2009

Artis Malaysia : Artis Jelita & Teman Lelaki Bangsa Asing Bercium Di Eskalator

Gambar Hiasan
JENG! Jeng! Jeng! Inilah gosip paling menarik yang pernah Papa dengar sepanjang tahun ini.

Ada seorang teman menyampaikan gosip ini ke telinga Papa mengenai seorang pelakon jelita dan terkenal tanah air buat kerja tak senonoh di sebuah kompleks membeli-belah.
Barangkali, aktres ini terlupa yang dia seorang personaliti ternama.Kerana kealpaan juga, dia mungkin beranggapan bebas untuk melakukan apa saja termasuk bercium mulut dengan kekasihnya di eskalator!

Ya, Papa tidak mereka cerita kerana hal ini disampaikan oleh rakan karib yang terlihat perbuatan aktres itu dengan kekasihnya dengan mata kepalanya sendiri.

Dan rakan Papa yang terlihat insiden memalukan itu pula berada di kawasan segi tiga emas, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Bukannya di Orchard Road, Singapura ataupun di Fifth Avenue, New York, Amerika Syarikat.

Mengucap panjang Papa bila diberitahu mengenai hal itu.

Nak ketawa pun ada dek kedangkalan pelakon itu.

Pada masa yang sama, Papa juga rasa malu kerana sikap pelakon itu yang seperti tidak sedar yang kelakuannya itu boleh mencetus pelbagai salah faham dan sekali gus fitnah.

Kepada pelakon jelita itu, sudah-sudahlah buat hal.

Tahulah kekasih awak lelaki tampan berbangsa asing, tidak semestinya awak bebas buat apa saja kan!