April 22, 2009

(Liar) Anak Penyanyi Terkenal 80-an Ketagih Arak, Amal Seks Bebas

KALAU tak tengok dengan mata kepala sendiri, memang susah Aku nak percaya dengan kisah sensasi yang satu ini. Bayangkan, anak seorang penyanyi pop terkenal era 80-an dan masih aktif sehingga hari ini sebagai komposer bebas, rupa-rupanya mempunyai seorang anak dara yang bermasalah. Cukuplah Aku memperkenalkannya sebagai Miss X saja. Miss X adalah anak sulung kepada penyanyi berkenaan. Kata cerita si pembawa mulut, kononnya Miss X adalah seorang gadis liar. Rokok, minuman keras, berparti dan seks bebas sudah menjadi rutin hariannya. Miss X juga bukan saja mengamalkan cara hidup sosial gadis Barat, malah sikap suka meminjam duit di kalangan kawan-kawan tidak disenangi kerana Miss X ini tahu meminjam saja, bila tiba masa nak pulangkan, punyalah payah, kadang-kadang setakat RM30, RM50, kira hangus! Lebih mengejutkan Aku, Miss X juga mula berjinak-jinak dengan dadah. Sama ada benar atau tidak, dia pernah meniduri lelaki yang tidak dikenalinya semata-mata ingin mendapatkan RM100 untuk membeli dadah. Harap-harap bab cerita ini sekadar nasi tambah!

Aku juga kasihan pada penyanyi dan komposer berkenaan kerana Miss X sering tak pulang ke rumah. Apabila Miss X tak balik rumah, mulalah si ayah menelefon kawan-kawan terdekat Miss X bertanyakan di manakah gerangan Miss X sudah beberapa hari tidak tahu jalan pulang ke rumahnya. Miss X ini juga adalah bekas pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mengikuti pengajian bidang seni. Khabarnya Miss X dibuang kolej kerana dipercayai mencuri! Nak tak nak, si ayah dan ibu terpaksa menebalkan muka datang tengah-tengah malam ke asrama Miss X untuk menyelesaikan masalah anak mereka. Begitulah kasih sayang ayah dan ibu kepada anaknya sekalipun anak perangai macam teeet! Bukan itu saja yang Aku dengar, khabarnya Miss X ini kalau tukar boyfriend macam tukar baju saja, tak pernah ada teman lelakinya yang kekal lama. Khabarnya gambar Miss X yang tengah ‘comulot’ (cium mulut) dengan lelaki itu adalah boyfriend terbarunya yang baru saja dikenali tak sampai sebulan. Aku sebenarnya tumpang simpati dengan penyanyi terkenal itu dan seluruh keluarganya. Aku memang kenal penyanyi berkenaan, dia seorang yang amat berbakat dan daripada riak air mukanya, dia mempunyai ciri-ciri seorang ayah yang baik. Tapi, malangnya dia dikurniakan seorang anak yang terlebih nakal. Aku harap Miss X cepat-cepatlah berubah, peliharalah nama baik ayah awak yang pernah gah suatu ketika dulu dan masih dihormati hingga hari ini