Artis sememangnya sejak dulu lagi memang amat sengal!!!Kenapa tidak setuju dengan apa yang saya katakan.Tidak mengapa.Bak kata Khir Rahman dalam cerita Los dan Faun ,itu yang tidak tau tu.Maka saya dengan ini ingin merungkai mengapakah artis bersikap sebegitu.
Kita sebagai orang awam di Malaysia seharusnya lebih peka terhadap isu-isu yang dibawa oleh golongan artis samada isu yang membuatkan anda rasa ingin pelangkung mereka ataupun isu yang membuatkan anda makin sayang kepada mereka.
Artis seharusnya bertindak menjadi idol ataupun ikon yang positif untuk public.
Tidak keterlaluan ada artis yang menjadi begitu ego bongkak,sehingga menyebabkan diri mereka diboikot wartawan.Bercakap pasal wartawan pula,ada pula wartawan yang berperangai macam tahi.Siapa mereka?Mereka adalah wartawan hiburan yang sengaja mencari salah artis dan bila diprovokasi oleh si artis,mula lah nak boikot ini,boikot sipolan nih,si polan sinun.
Berbalik pada isu asalnya,artis malaysia ni kebanyakan banyak yang nak tunjuk alim dan kebanyakan perlakuan si artis sama jer.Bak kata orang klise…
Berikut merupakan senarai perkara-perkara yang klise tentang artis Malaysia nih:
1)Gosip pasal pergi clubbing.Mabuk dan sebagainya.
Apa mereka jawab:kami hanya pergi bersuka ria sahaja untuk menyambut hari jadi kawan
saya.Salahkah?
2)Gosip pasal percintaan.
Apa mereka jawab:Kami kawan biasa jer.Tup tap 6 bulan lepas tu ,keluar paper si polan-polan ni
curang dan mereka saling bercakaran pendapat di media.Macam saper?Itu yang kita tak tau tuh.
3)Gosip pasal penceraian
Apa mereka jawab:Kami masih suami isteri.Saya tak boleh nak bagi sebarang komen sebab nak jaga hati kedua-dua belah pihak.Huh..sudah lagi terang bersuluh,nak jaga hati kedua-dua belah pihak konon,sebenarnya nak jaga status quo mereka di mahkamah nanti.Mana boleh bagi kenyataan media ,takut akan mempengaruhi keputusan mahkamah.
4)Gosip pasal rampas suami orang dan VIP
Apa mereka jawab:Kami hanya kawan bussiness.Haha.macam saper tu?
5)Gosip pasal tak pergi kerahan khidmat negara
Apa mereka jawab:Saya sebenarnya memang hendak pergi tetapi saya ada jadual pengambaran yang ketat lah.Sebab tu mohon penanguhan.
6)Gosip pasal orang kata mereka itu seksi.
Apa mereka jawab:Sebenarnya seksi tu perkara yang subjuktif dan bla bla bla.Huish.bukan ke seksi tu sudah lagi terang bersuluh haram bagi artis yang beragama islam.
7) Gosip pasal bila nak pakai tudung.
Apa mereka jawab:Saya belum bersedia.Hello,soal bersedia tak bersedia ni tak validlah.Kan korang
sudah buat perjanjian dengan Allah sebagai umat islam mestilah patuh pada suruhan Allah dan
rasul.No more excuses lah.
Maka boleh saya simpulkan bahawa,artis ni sama jer.Sunguh over statement aku nikan.Tapi itulah yang dapat aku rasakan.
Kredit sepenuhnya:Zulfitry.com
Yang hangat sekarang di Zulfitry.com:
Kenapa Orang Kelantan Sangat Annoyying?
Artikel oleh Zulfiz