Oktober 17, 2012

Pelakon Kuswadinata Kritikal Dan Tiada Harapan Untuk Hidup

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kuswadinata, 74, berada dalam keadaan tenat di Hospital Ampang di sini akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

Menurut anak bongsunya Rizal, 23, keadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.

 ZoOM masih ingat lagi lakonan abang Kuswadinata kita yang sering kali menghiburkan anda setiap kali berada didepan kamera semasa penggambaran. Namun empunya badan kini sedang bertarung melawan penyakit beliau dan menurut berita beliau kini dalam keadaan tenat.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.

Keputusan Malaysia VS Hong kong





Semalam menyaksikan Harimau Malaya menganas lagi di Mangkok, Hong Kong. Walaupun ada beberapa tonggak utama pemain kebangsaan tidak beraksi kerana mereka kini menumpukan kepada Final Piala Malaysia (ATM vs Kelantan) sabtu ini.

3(Malaysia)-0 (Hong kong)


Perlawanan semalam pada minit-minit awal amat membosankan dan menyakitkan hati sebab kubu negara sering kali diserang dan kehilangan bola. Namun pada minit-minit akhir masa pertama, kita bangkit menampilkan permainan yang sebenar. Tetapi nasib tidak menyebelahi kerana tiada gol yang berjaya dihasilkan.

Gambar Seksi Dira Abu Zahar Di Mstar

Sebenarnya semalam ZoOM nak share gambar ini dekat pembaca dan pengunjung di Blog ini, namun disebabkan masa dan kerja yang perlu disiapkan terlebih dahulu, baru hari ini masa yang ZoOM luangkan untuk kita berkongsi bersama.

Tidak dapat dipastikan bila dan dimana gambar ini diambil, tetapi kalau gambar baru mungkin ada yang perlu diperbetulkan. Maklumlah kita adalah umatnya dan sama-sama kita berpesan-pesan antara kita.

Bukannya apa baju tu jarang sangat (Pendapat ZoOM la), kalau ada peminat Dira kat sini sorry ye..just nak perbaiki apa yang perlu je. Tidak hanya kepada Dira..tetapi wanita-wanita diluar sana yang perlu peka dengan apa yang ditegah dan dibenarkan dalam agama kita.

Ops...ZoOM tidak lah mempunyai pengetahuan agama tetapi cukup sekadar ingat mengingatkan sesama kita.

Apa komen anda ?

Note: Sumber Gambar
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Oktober 16, 2012

Konterversi Majlis Resepsi Qasem Dan Bakal Isteri Dibatalkan

Kalau sebentar tadi berita gembira mengenai majlis pernikahan Diana dan Farid Kamil, seorang lagi artis kita yakni Qasem dan bakal isteri beliau tampil dengan berita sedih. Majlis yang mereka impikan menjadi hari bahagia mereka kini menjadi igauan ngeri kerana majlis tersebut dibatalkan oleh penaja.

Dan kesudahannya...Lapuran Polis diambil oleh pasangan ini, berita mengenai kisah sedih pasangan ini ada dibawah :

KUALA LUMPUR: Ketika berdebar menunggu tarikh pernikahan yang dijangka berlangsung pada Sabtu ini, pelakon Mohd Nazim Atim atau Qazem Nor, 38, dan pasangannya, Nor Azuriana Amirudin atau Embun, 28, terpaksa berhadapan pula masalah pembatalan saat akhir majlis resepsi perkahwinan mereka oleh penaja.

Qazem yang ditemui di Balai Berita semalam berkata, dia meminta maaf kepada semua pihak yang sudah menerima kad undangan daripadanya di atas pembatalan majlis resepsi yang mendapat penajaan penuh Mawex Sdn Bhd yang merancang penganjuran program Malaysia Wedding Expo 2012.