Memaparkan catatan dengan label pierre andre. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pierre andre. Papar semua catatan

Januari 07, 2012

Sinopsis Filem Chantek | Trailer Filem Chantek

Bakal ditayangkan di Pawagam pada 16 Februari 2012, dan berikut ZoOM kongsi bersama Sinopsis dan Trailer filem ini untuk tatapan anda di sini :

Sinopsis Chantek :

AD,seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan. Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. 

Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta. Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya. 

Disember 06, 2010

David Teo dan pelakon Pierre Andre kembali berdamai

Inilah yang dinamakan dunia seni, kemana juga mereka pergi pasti akan bertemu juga walaupun sudah bertahun-tahun mereka tidak sehaluan namun pertemuan baru-baru ini hadir untuk menjernihkan keadaan yang berlaku diantara mereka.


Dengan kembalinya anak didik David Teo sudah pasti akan memantapkan lagi operasi dan kualiti MIG yang diterajui oleh David Teo. Dengan lakonan yang mantap dan juga pernah menjadi pengarah akan menjadi nadi didalam perancangan MIG.