Memaparkan catatan dengan label emelda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label emelda. Papar semua catatan

September 29, 2009

(Celebrity News) emelda Nak Anak 2 Tahun Lagi!!

Emelda dan Adlin diijabkabulkan pada 23 Mei lalu di Ipoh, Perak. Gambar Terbaru Emelda

Selepas diijabkabulkan pada 23 Mei lalu, isteri kepada pelakon dan pengarah Adlin Aman Ramli ini belum menunjukkan tanda-tanda hamil sekaligus menafikan dakwaan yang menyangka wanita mesra dengan panggilan Mel ini telah hamil.

Emelda yang ceria dihujung talian berkata: “Tunggulah dulu..lagi dua tahun baru saya bersedia dan merancang untuk menimang cahaya mata.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki...sekarang saya pula sibuk dengan lakonan kerana tahun 2009 ini jadual kerja saya memang penuh.”


Jelas Emelda, selepas berkahwin aktiviti hariannya lebih sibuk berbanding sebelumnya sehingga nak buat sesi fotografi pun tak sempat.

“Mungkin sebab tu orang tak tau tentang cerita terbaru saya kerana jadual saya memang sangat padat.

“Sekarang saya terlibat dengan pengambaran drama bersiri 25 episod ‘Nigina’ untuk slot Samarenda untuk TV3 dan drama bersiri 26 episod ‘Jongkang Jongkit’ yang telah pun disiarkan di Astro Warna pada setiap hari Jumaat.

“Selain itu, drama bersiri 26 episod ‘Labu Labi’. Cerita ini dibuat hasil telefilem ‘Nasib Si Labu Labi’ yang pernah disiarkan di Astro sebelum ini.

“Pengambarannya telah selesai separuh semasa bulan puasa lalu dan akan disambung selepas November nanti.

Zoom Komen: Cepat-Cepatlah Emelda,dapat sorang pun jadi la sekarang ni ramai artis yang nak anak awal..Lain pulak ceritanya dengan emelda ni siap bagi tempoh 2 tahun.Kesian kat mak ngan ayah yang sudah tentu nak dapat cucu. Komen u alls ?

Jun 24, 2009

(Gambar) Majlis Persandingan Pihak Lelaki, Adlin dan Emelda


Sebelum ini zoom pernah menyiarkan gambar perkahwinan adlin di pihak perempuan,HAri ini zoom upload gambar perkahwinan Adlin dan Emelda di Pihak perempuan yang bertemakan Pengantin Jawa pada 21 Jun 2009 lalu.Walaupun dilangsungkan di rumah Adlin Majlis berlangsung dengan penuh meriah seperti Pementasan Puteri Gunung Ledang.



Majlis ini juga meriah dengan kehadiran ramai artis seperjuangan Adlin dan Emelda,Malah pengunjung telah datang semenjak awal pagi lagi untuk menyaksikan persandingan Adlin Dan Emelda.

Tahniah Adlin Dan Emelda Walaupun tidak dilangsungkan di hoteldi Hotel,Majlis tetap meriah dan berseri.

Zoom COmment: Pandai Adlin Dan Emelda,Dengan keadaan kemerosotan ekonomi sekarang ini.mereka berdua bijak memilih dan merancang perkahwinan.Tahniah sekali lagie

Mei 24, 2009

(gambar) Lagi Gambar Pernikahan Adlin Dan emelda


Semalam(Jumaat, 22 Mei) dengan sekali lafaz sahaja, Adlin dan Emelda telah sah bergelar suami isteri. Tahniah kami ucapkan. Jelas terpancar kegembiraan di wajah kedua-dua pengantin baru dari gambar perkahwinan Adlin dan Emelda ini.

Kami di Zoom Artis mendoakan agar perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat buat mereka berdua. Jangan gaduh-gaduh. Dua-dua sama cantik dan sama padan. Jangan carik yang lain ye.

Lagi 9 keping gambar pernikahan Adlin dan Emelda dengan membaca artikel ini sepenuhnya









Mei 23, 2009

( Weeding ) Majlis pernikahan Adlin Aman Ramli Dan Emelda Rosmila


IPOH: “Saya terkenangkan arwah ayah kerana dia teringin sangat melihat saya bernikah dan bersanding dengan Adlin,” kata Emelda Rosmila Abdul Hamid atau Emelda, 29, mengenai perasaannya yang sedih sewaktu majlis pernikahannya dengan pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramli, 38.

Tepat jam 5.30 petang, hanya dengan sekali lafaz, pasangan ini selamat dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, Rujuk, Kawasan Ulu Kinta, Perak, Zainudin Abu Arshad di Masjid An-Nur, Batu 8, Tambun di sini, semalam. Ia disaksikan 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan saudara-mara terdekat.

Pada majlis itu, pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM1,001 berserta tujuh dulang hantaran termasuk cincin nikah, senaskhah al-Quran, telekung, beg dan kasut berjenama Gucci, kelengkapan peribadi dan manisan.

Manakala pihak perempuan membalasnya dengan sembilan dulang.
Sebaik melangkah masuk ke dalam masjid dan duduk di mini pelamin, kelihatan pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Manjalara itu menitiskan air mata.

Ditemui di majlis sidang akhbar ringkas di kediaman pengantin perempuan, Emelda menjelaskan dia amat rapat dengan arwah bapanya, Abdul Hamid Md Ally.

“Sebelum meninggal arwah ayah selalu cakap dengan saya yang dia hendak sangat melihat saya naik pelamin. Bagaimanapun, apabila tiba harinya, dia tidak ada.

“Kata-katanya itu bermain di kepala saya sebaik melangkah masuk ke dalam masjid. Ketiadaannya untuk menikahkan saya pada petang ini (semalam) amat saya rasai,” katanya.

Sementara itu, Adlin menjelaskan di awal berkenalan dengan Emelda, arwah bapa mentuanya antara orang paling gembira.

“Sewaktu kali pertama saya diperkenalkan dengannya, arwah bapa mentua sangat memahami dan sering mendoakan perkenalan kami akan berakhir dengan pernikahan.

“Dia juga tidak menyembunyikan perasaan bangganya apabila kami mengambil keputusan untuk berkahwin, tetapi apabila tiba hari bersejarah ini dia tiada. Allah lebih menyayangi dirinya dan kami reda dan jauh di sudut hati kami tahu dia merestui akan keputusan (bernikah) yang kami ambil,” katanya.

Adlin turut bersyukur selepas empat tahun bercinta dengan Emelda akhirnya dia dapat menjadikan pelakon wanita itu suri hidupnya.

Malam ini majlis persandingan akan berlangsung di Dewan SUK di Ipoh. Jelas Adlin , dua peserta Akademi Fantasia 7 iaitu Aril dan Akim memberikan persetujuan hadir dan menghiburkan tetamu

Mei 21, 2009

Info : Hari Bahagia Adlin dan emelda jumaat ni


ESOK hari Jumaat, maknanya hari bahagia buat bakal pasangan kekasih, Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila yang bakal disatukan di Masjid An-Nur, Batu 8, Tambun, Perak.

Kahwin jugak si pengkritik AF paling ‘jujur’, Adlin tu ya. Maklumlah hidup solo pun dah lama. Kalau selama ini ‘kurang kasih sayang, harap lepas kahwin nanti, Adlin dan Emelda kekal bahagia ke akhir hayat.

Yelah, sebelum bertemu Adlin, Marilyn dapat tahu bahawa Emelda telah buat pilihan besar dalam hidupnya. Konon-konon, asalnya Adlin cuma salah seorang kenalan kepada kekasih Emelda satu ketika dahulu. Kekasih Emelda dulupun pelakon juga, ala-ala sealiran jugalah dengan Adlin. Kalau sebut nama semua orang kenal. Dengar cerita, lama juga bekas kekasih Emelda tu, makan hati berulam jantung bila putus cinta dengan Emelda. Remuk rendam jugalah jantungnya bila kekasih berubah hati.

Marilyn cuma kagum dengan kesungguhan dan keutuhan cinta Adlin dan Emelda tu. Kiranya keputusan dan perjalanan kasih mereka berbaloi dan sampai ke jinjang pelamin walaupun ada halangan awal. Untuk Adlin, janganlah tabiat jujur mengkritik sampai mengguriskan hati si isteri pula nanti.

Mei 10, 2009

(Weeding) : Majlis Persandingan Adlin Aman Ramli Berkonsepkan Casino Royale

Wah-wah, dalam sibuk kita mengutuk dan memuji Akademi Fantasia. Rupa-rupa’nya pengkritik AF iaitu Adlin Aman Ramli tengah sibuk merancang hari perkahwinan’nya yang bakal berlangsung pada Jun nanti.

Menurut sebuah laman web hiburan, majlis persandingan Adlin dan Emelda Rosmila akan diadakan di Hotel JW Marriot, Putrajaya dan mereka dikatakan akan menggunakan konsep James Bond, iaitu Casino Royale!



Fuhh. Macam ‘grand’ je majlis persandingan mereka ini. Jadi sama-sama’lah kita saksikan persandingan mereka ini. Oh! Artis mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan bakal pengantin ini.

[Entri tentang perkahwinan mereka akan di publish sedikit masa lagi. Harap maklum ]

P/s.. Macam membazir je buat persandingan pakai konsep Casino Royale bagai. Cukup yang rukun pun jadi lah. Bukan apa, takut ‘grand’ tuh kejap je. Lepas tuh.. Erkkk.. Allahu’alam.

info :oartis