Memaparkan catatan dengan label artis kena rompak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis kena rompak. Papar semua catatan

Januari 12, 2012

Rumah Wardina Dimasuki Perompak Bertopeng

PETALING JAYA: Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot melalui mimpi ngeri apabila rumahnya dimasuki perompak bertopeng dalam kejadian awal pagi Khamis.

Wardina dalam entri Twitternya berkata, kira-kira tiga orang perompak memecah masuk rumahnya lalu memukul suaminya Ikhwan Johari sebelum melarikan beberapa barang berharga termasuklah lima buah komputer riba dan juga telefon bimbit.

“Mereka seperti marah kerana tidak menemui barang kemas. Perompak itu memakai topeng, bertongkat dan juga memegang parang. Ia amat menakutkan,” katanya.

Februari 11, 2011

Nasha Aziz Kena Rompak !!

Kenapalah kes mencuri semakin berleluasa di Malaysia ni, dan yang paling menakutkan kes ragut yang dah ramai meragut nyawa orang ramai terutamanya golongan wanita. Mungkin kerana terdesak atau pengaruh dadah memyebabkan penjenayah tersebut sanggup melakukan apa saja.

Berbalik kepada tajuk diatas, hari ini surat khabar Kosmo diruangan hadapan menceritakan Nasha Aziz kerugian hampir RM40 Ribu  ( Duit RM 10k + Barang Kemas) kerana dirompak semalam di persimpang Ampang Hilir. apa-apa pakai cek je la selamat, kalau tak pun transfer je sebab sekarang ini pun dah maju buat apa keluar duit banyak-banyak.

Dan yang pelik macam mana si perompak boleh tahu Nasha keluarkan duit banyak !!! ZoOm rasalah perompak tu tentu dah ada dalam bank atau diluar bank apabila Nasha keluarkan duit.


ZoOm :  Apa Kata Anda !!?