Memaparkan catatan dengan label XPDC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label XPDC. Papar semua catatan

Februari 02, 2011

Konsert "Triple Malaysia In Concert " Bermula Mac Depan

Satu lagi konsert yang diatur untuk peminat irama rock di luar sana kerana ada pihak yang akan menampilkan beberapa kumpulan rocak bersama masyarakat di luar sana. Konsert yang menampilkan kumpulan May, Amuk dan juga XPDC akan bermula di Dataran Masyarakat Gemenceh, Negeri Sembilan.


"Salah satu objektif utama konsert ini adalah untuk mengangkat kembali muzik rock 80-an yang sebenarnya masih mempunyai ramai peminat terutamanya di luar bandar," jelas Mohd Asri Ramli, pengarah urusan syarikat penganjur, Triple Trouble Entertainment.