Memaparkan catatan dengan label Rahul Lemos. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rahul Lemos. Papar semua catatan

September 03, 2009

(Gossip) Krisdayanti dan skandal Rahul Lemos Dan Luahan Suami !!!


Krisdayanti yang digosipkan dengan jutawan dari Timor Leste bernama Rahul Lemos, yang dikatakan menjadi punca penceraian Krisdayanti dan suaminya Anang dibantah tegas oleh Kris.

"Hati-hati bila berbicara tentang nama kerana ada pihak yang akan disakiti. Saya dan beliau hanya teman biasa saja," katanya yang ditemani Yuni Shara pada temubual itu.

Menurut Krisdayanti, dia mengakui Rahul menjadi penaja utama yang mengundangnya mengadakan persembahan di sana.

"Betul, memang Rahul yang menaja dan membawa saya ke Timor Leste. Dan juga membawa Dian HP Production, penari dan kru-kru lain," katanya.

Tambah Kris lagi, kunjungannya ke sana adalah sebagai tetamu negara, bukan sebagai tetamu 'peribadi' Rahul yang juga sudah mempunyai isteri.

"Saya di sana menjadi tetamu negara. Empat hari di sana, saya selalu dikawal," ujarnya.

Kris bagaimanapun tidak mengulas lanjut sejak bila dia mula mengenali Rahul. Penyanyi tersohor ini juga menafikan pengakuan Martha, isteri Rahul yang mengatakan suaminya beberapa kali mengadakan jamuan makan malam peribadi bersama Kris.

“Aku bukan pemimpin dia lagi, kerana dia sudah memiliki pemimpin lain. Sekarang aku sudah tidak lagi peduli dengan hal dia. Dia mahu tunggang terbalik, dia mahu meloncat-loncat, silakan saja kerana aku sudah tidak peduli lagi dengan dia,”


itulah kata-kata Anang dengan nada yang sedih tentang hubungan beliau dengan Kris Dayanti kepada media.

Kris Dayanti telah dicerai talak tiga oleh suaminya iaitu Anang pada 19 Ogos lalu dan kes ini telah berlarutan ke mahkamah. Waw bukan calang-calang cerai, tapi cerai talak tiga. Memang tahap kesabaran Alang dah melampaui batas dan niat yang sangat keras ingin menceraikan Kris Dayanti.

Anak-anak Alang juga sedar dengan perlakuan Kris Dayanti yang semakin berubah. Dan Anang mengetahui hubungan KD dengan lelaki berkenaan setelah diceritakan sendiri oleh anaknya, Titania Aurellie, 11. Walaupun masih kecil tapi Aureillie kelihatan bijak dalam membahagikan mana baik dan salah.