Memaparkan catatan dengan label Lan MUH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lan MUH. Papar semua catatan
Oktober 28, 2009
(Gossip) MUH Tarik Diri Dari Separuh Akhir Muzik2!
Program kegemaran ramai Muzik Muzik yang akan memulakan saringan separuh akhir mulai 6 November 2009 ini tidak akan menampilkan kumpulan indie Meet Uncle Hussin (MUH) apabila kumpulan itu menarik diri semalam.
Hasrat penarikan diri kumpulan tersebut telah disuarakan melalui surat dan dihantarkan kepada pihak TV3 petang semalam. Kumpulan yang sepatutnya mempertaruhkan lagu mereka yang berjudul "Pari-Pari Di Bawah Angin" hasil ciptaan dan lirik oleh Taja/Tassiq/Lan itu memberi alasan tiada persefahaman antara mereka untuk meneruskan saingan dalam Muzik Muzik Separuh Akhir.
Baca Selanjutnya
Sehubungan dengan itu, MUH yang dijadualkan membuat persembahan pada minggu kedua separuh akhir iaitu pada 13 November bakal digantikan dengan kumpulan Grey Sky Morning dengan lagu Cinta Gila hasil ciptaan Sharnizad & Hafizal, lirik oleh Hafizal.
Menurut Pengurus Produksi Hiburan, Primeworks Studio Sdn Bhd Fadzliniza Zakaria, "Kami menghormati keputusan yang dibuat oleh MUH dan menerimanya dengan fikiran terbuka. Walaupun kami merasakan yang peminat-peminat MUH akan kecewa dengan keputusan itu, namun kami akur dan berpendapat bahawa mereka haruslah menyelesaikan masalah dalaman antara mereka dahulu.
"Keputusan memasukkan kumpulan Grey Sky Morning diambil memandangkan kumpulan itu merupakan lagu seterusnya yang berada di dalam carta selepas 30 lagu. Kami juga percaya Grey Sky Morning mampu memberikan saingan kepada lagu-lagu lain, katanya.
Zoom Komen : Makin lama makin kesian zoom dengan kumpulan MUH ini, setelah ketiadaan Lan yang menubuhkan kumpulan Type Writer. Satu persatu kisah yang tidak dapat diterima oleh peminat MUH terutamanya di Malaysia khasnya..!!! Apa Komen anda mengenai penarikan MUh dalam anugerah ini !!? Komen apa yang patut...!!!!
Labels:
Artis Malaysia,
Gambar Artis,
gossip,
Kumpulan Malaysia,
Lan MUH,
MUH,
Penyanyi
Oktober 06, 2009
(Gambar) Lan Ex MUH Bertunang !!!
Akhirnya bertunang juga si Lan MUH ini, susah nak dapat gambar pertunangan si Lan ni.Ini pun zoom dapat dari laman forum popular tanah air.Apa pun layan lah gambar pertunangan Lan Si Type Writer ni..!!!
Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya
Ogos 23, 2009
(Celebrity News) Lan MUH Bergerak Solo !!!


"Saya inginkan kebebasan dalam berkarya namun banyak yang harus dipelajari sekarang ini kerana sebelum ini banyak bergantung kepada anggota MUH yang lain," ujarnya yang kini lebih bijak berkomunikasi.
Walaupun pelbagai kontroversi melanda bekas vokalis MUH ini namun baginya yang lebih penting adalah untuk terus komited dalam perjuangan seni. Album single berjudul Peta Minda bakal dipasarkan pada penghujung tahun 2009 ini menjanjikan sesuatu yang istimewa dalam muzik yang diperjuangkan.
Semoga berjaya Lan,Mungkin bergerak solo ni rezeki bertambah..Jangan buat kumpulan baru pulak..kalau nak buat jangan letak nama Laptop gak.. hehehhehehhee
Labels:
Artis Malaysia,
Celebrity News,
Cerita Artis,
gossip,
Jejaka Malaya,
Lan MUH,
MUH
Julai 31, 2009
(Hot News) Lan MUH kini bersama Azlan and The Type Writer

Sudah terjawap Cerita Panas yang melanda MUH sebelum ini,Lan MUH telah menubuhkan sebuah kumpulan baru " Azlan and The Type Writer.Cerita ini memang akan panas macam pisang goreng di media cetak dan elektronik dalam masa terdekat..Malahan Laman Blog juga tidak ketinggalan menyebarkan Hot News ini...

Mungkinkah terdapat perselisihan faham antara Lan dan ahli kumpulan lain hingga membuatkan Lan membawa diri untuk menyertai Azlan & The Type Writer? Biarlah menjadi rahsia mereka.
Lan atau nama sebenarnya Norazlan Roslee memberitahu nama ATTW sememangnya sengaja dikaitkan dengan mesin taip. Ini kerana setiap risiko yang berlaku dalam band itu pada masa akan datang akan ditanggung sendiri oleh’nya.
Anda Rasa Lan ini "Kacang Lupakan Kulit" ? atau di sebaliknya...berikan Komen anda...Layanzzzz
Labels:
Artis Malaysia,
gossip,
Hot News,
Konterversi,
Kumpulan Malaysia,
Lan MUH,
MUH,
Penyanyi
Langgan:
Catatan (Atom)