Memaparkan catatan dengan label Imran Ajmain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Imran Ajmain. Papar semua catatan

Oktober 29, 2009

(Gossip) Saerah bukan nak kahwin dengan Imran Ajmain !!!


Siti Saerah, adik kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza ini tidak menyangka pengakuannya yang ingin mengakhiri zaman bujang pada Mei 2010 nampaknya tiba-tiba menjadi satu gosip yang hot. Dia agak terkejut apabila ramai yang menganggap lelaki yang bakal menjadi suaminya itu nanti ialah penyanyi yang sering dikaitkan dengannya, Imran Ajmain.

"Apa yang digembar-gemburkan itu tidak benar. Bila saya cakap saya ingin berkahwin, bukan bermaksud saya akan berkahwin dengan Imran. Saya memang tidak ada yang istimewa lagi buat masa ini dan saya tidak tahu siapa jodoh saya. Kalau ditakdirkan dengan Imran, itu adalah jodoh. Tetapi tidaklah pula saya kata memang saya akan berkahwin dengannya. Kesian Imran, tak pasal-pasal dia dikaitkan dengan cerita saya ini," katanya.




Baca Selanjutnya


"Kami hanya kawan baik, tidak lebih daripada itu. Tidak pernah pun kami berfikir atau berbincang tentang masa depan kami bersama," kata Saerah ketika dihubungi.

Menurut gadis berusia 26 tahun ini, dia tidak menafikan Imran adalah artis lelaki yang paling rapat dengan dirinya ketika ini dan sering ada di sampingnya jika dia mempunyai masalah. Namun untuk mengakui wujudnya rasa cinta itu, kata Saerah, buat masa ini mereka masing-masing sebenarnya amat selesa berkawan baik saja.

Biasanya satu 'couple' bermula dengan kawan baik pada permulaan. Kalau kita semua nak mereka berdua menjadi satu pasangan, lebih baiklah kita jangan memberi terlalu banyak tekanan kepada mereka agar mereka dapat berhubung rapat dengan lancar.

Zoom KOmen: Alahai siapa la jejaka yang bertuah dan berjaya menambat hati adik Dato CT ni, bertuah punya lelaki sebab dapat menawan wanita yang tengah "Hot" masa ni !!! Apa KOmen Anda ? Ada apa-apa info "Share" la..?

Mei 21, 2009

Media : Imran Ajmain Kecewa




Sekarang susah sungguh mahu memikat hati peminat membeli album. Macam-macam usaha dilakukan oleh artis dan syarikat rakaman.

Imran Ajmain juga ada cara tersendiri yang nampaknya membuahkan hasil. Strategi mempopularkan single dahulu sebelum muncul dengan album baru mungkin boleh membantu.

Setelah popular degan lagu Seribu Tahun petikan album sulung, Imran tidak menyepi. Dia sebaliknya mencipta lagu baru.

Sementara menunggu album baru siap sepenuhynya lagu-lagu Selamat Ulang Tahun Sayang dan Jika Engkau Pergi terlebih dahulu dipopularkan.

Setelah kedua-dua lagu itu kuat, Imran kini sedia muncul dengan album kedua berjudul Punca Dan Tindakan yang turut memuatkan lagu itu.

Harapan kecewa?
"Ia semacam tribute kepada Datuk Ahmad Jais dan ia tetap relevan untuk peminat lagu asalnya," tambah Imran.

Imran mungkin dekat dengan lagu-lagu era 70-an dan 80-an kerana bapanya A. Hussaini Ajmain juga seorang komposer yang aktif pada masa itu.

Imran juga merakam semula lagu Menimbang Rasa yang pernah dipopularkan oleh Oslan Husein. Lagu tersebut diberi sentuhan bossanova dan menggunakan suara latar pelajar muzik UiTM.

Satu lagu kelainan yang dibawakan ialah merakam semula lagu Tan Sri P. Ramlee berjudul Senjakala. Tapi edisi Iman ialah menggunakan lirik lain sepenuhnya.

Ia hasil pertandingan mencipta lirik berdasarkan nyanyian Imran tanpa senikata yang diadakan pada April lalu yang dimenangi oleh Faizal Maslan.

Seni katanya menceritakan betapa mustahilnya seorang lelaki memberi saranan kepada kekasihnya supaya setia pada cinta pertama.


Lagu-lagu lain yang dimuatkan termasuk, Perjalanan, Mengaku Kalah, Yang Kuperlu, Radio serta lagu Selamat Ulang Tahun Sayang dan Jika Engkau Pergi.


Hati Imran sedang kecewa ke? Imran merakam semula lagu Harapan Kecewa yang pernah dipolarkan oleh Datuk Ahmad Jais pada tahun 1970-an.