Memaparkan catatan dengan label Harun Salim bachik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harun Salim bachik. Papar semua catatan

Januari 26, 2012

Harun Salim Bachik Nafi Letak Jawatan Presiden Seniman

PETALING JAYA: Pelawak dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik menolak dakwaan dia bakal melepaskan jawatan itu kerana gagal melaksanakan perubahan besar sejak menggalas jawatan itu pada 2009.

Pemilik nama sebenar Haron Aminar Rashid Salim, 52, itu berkata dia berasa hairan dan kecewa dengan khabar angin yang timbul kerana boleh menjejaskan reputasinya sebagai ketua persatuan itu pada mata umum.

“Saya terkejut apabila dakwaan (meletakkan jawatan) ini timbul sedangkan saya tidak pernah berkata apa-apa atau memberikan sebarang kenyataan.
“Siapalah yang membawa mulut tentang perkara ini, walhal saya sendiri tidak tahu-menahu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Harun dilantik sebagai Presiden Persatuan Seniman selepas menewaskan Datuk Mustapha Maarof dengan kelebihan 78 undian pada Mesyuarat Agung Tahunan pada 18 Disember 2009.

Harun memegang jawatan itu bagi tempoh tiga penggal yang dijangka berakhir pada hujung tahun ini.

Ketika ditanya pernah atau tidak terdetik perasaan kecewa dan terkilan sepanjang bergelar Presiden, Harun berkata perasaan kecewa apabila kepimpinannya dipertikaikan oleh ahli persatuan itu tidak pernah

Disember 31, 2009

(Gossip) Abang Harun Peluk Liyana Jasmay dalam Duhai Si Pari Pari


Boleh tahan juga cerita Duhai Si Pari Pari ni, banyak juga aksi peluk-peluk dalam filem ni.Sebelum ni heboh mengenai gambar aksi peluk pinggang abang Harun semasa perasmian Filem ini. Ini yang terbaru ZoOm dapat dalam akhbar hari ini..!!! jum lihat dan komen !!?



Baca Selanjutnya

Disember 28, 2009

(Gossip) Pinggang Nabila Dipegang Harun Salim


Heboh juga kisah gambar Nabila yang tengah mengandung dipegang oleh Abang Harun Salim kita semasa sesi pengenalan Filem duhai Si Pari-pari. Nak buat macam mana abang Harun, satu Malaysia memandang dan mungkin Abang harun kita ini terlepas pandang atau tak sedar perbuatan dia memegang pinggang Nabila masa tu.Mungkinlah dalam kepala Abang Harun kita masa ini Nabila tu hanya lah adik.Tetapi masyarakat kat luar sana tentu mempunyai prepsepsi yang berlainan..!!!



Baca Selanjutnya

Filem Duhai Si Pari-Pari telah menelan belanja RM1.4 juta yang menampilkan cerita Fairy Tale Comedy. Filem yang bakal menemui peminat filem tempatan akan menampilkan lakonan Que Haidar, Harun Salim Bachik, Liyana Jasmay dan Nabila Huda. Dikuatkan lagi dengan lakonan dari cameo seperti Hans Isaac, Zizan Raja Lawak, Farid Kamil dan Aziz Satar.

Apa kata anda ?

Disember 23, 2009

(Filem) Duhai Si Pari-pari


Pengarah : Azmi Mohd Hata
Pelakon : Que Haidar,Liyana Jasmay,Nabila,Remy Ishak,
Harun Salim Bachik
Bahasa : Bahasa Melayu
Tarikh Tayangan : 31 Disember 2009





Baca Selanjutnya

Pelakon:



Syadon (Pelakon Utama) : Que Haidar
Pari (Pelakon Utama) : Liyana Jasmay
Mala (Pelakon Utama) : Nabila
Budi (Pelakon Utama) :Remy Ishak
Para (Pelakon Utama) : Harun Salim Bachik


Sinopsis:

Syadon merasakan hidupnya sempurna apabila Mala, seorang gadis cantik menganggapnya sebagai seorang ‘kekasih’. Pada suatu hari Syadon menemui Mala cedera dipukul dan diugut oleh orang jahat (Budi). Untuk menyelamatkan Mala, Syadon dipaksa menyerahkan semua simpanannya dan selepas menyerahkan wang Syadon dipukul dan ditinggalkan di lorong gelap. Setelah tersedar, didapati Mala, kereta dan duitnya telah hilang yang ada di depan mata ialah teko keemasan yang, lalu dibawanya pulang. Keesokan pagi, Syadon terkejut apabila mendapati seorang gadis (Pari) tidur di sebelahnya.

Pari menerangkan yang beliau sedang mencari ‘kekasih’, terus sahaja Syadon menunjukkan rumah jirannya yang ada anak bujang. Disangkanya Pari tersalah rumah. Bapa Pari (Para) kurang bersetuju dengan pilihan anaknya. Syadon tidak kelihatan seperti jejaka idaman wanita. Tetapi Pari berkeras mahukan Syadon dan enggan pulang ke dunia kayangannya. Para kemudiannya memberikan sekuntum mawar kepada Pari. Setiap kali kelopaknya gugur, bererti semakin suntuk waktu yang Pari ada untuk mengahwini jejaka idamannya.

Syadon bertanya siapa Pari sebenarnya. Setelah diterangkan, Syadon sukar mempercayainya. Pari terpaksa membuktikan kata-katanya dengan menunaikan permintaan Syadon yang mahukan dua guni duit… barulah Syadon percaya dengan kata-kata Pari dan dengan duit tersebut, Syadon mahu membeli sebuat kereta sports. Tiba-tiba Syadon ternampak Volkswagennya. Dia mendekati tetapi terserempak pula dengan Mala. Mala yang pura-pura terkena penyakit hilang ingatan, terus sahaja sembuh apabila ternampak duit Syadon yang begitu banyak. Syadon kembali mabuk cinta.

Pari kecewa… tambahan pula Pari kini sudah mengetahui siapa Mala dan Budi sebenarnya. Maka bermulalah usaha Para dan Pari melumpuhkan kegiatan Mala dan Budi. Dengan usaha Para dan Pari, Syadon akhinya mengetahui siapa Mala sebenarnya. Tetapi dapatkah Syadon melihat rupa Pari yang sebenarnya? Sementara itu, Pari pula semakin kesuntukan waktu… apakah cinta yang dicarinya akan hilang bersama dengan kelopak bunga yang terakhir….