Memaparkan catatan dengan label Elly Mazelin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Elly Mazelin. Papar semua catatan

Mac 14, 2010

Gossip Elly Mazlein dibawa lelaki misteri ke hotel?

Ini gossip terbaru mengenai Elly Mazlein mengenai kisahnya dengan seseorang lelaki,tatkala popularitinya meningkat naik semakin banyaklah konterversi yang datang.Salah satu nya kisah beliau di bawah ke HOTEL..baca je la kat bawah gossip dari akhbar online ni...


Elly Mazlein dikatakan telah menjalin hubungan dengan actor, Adi Putra. Terbaru, mereka membawa watak sepasang kekasih di dalam teater ‘Sri Mersing’.

Ketika ditanya sejauh mana kebenaran gosip itu, Elly terdiam seketika sebelum menjawab, “Benda ni masih baru, jadi saya tak kisah. Gosip-gosip macam ni tak ganggu karier Elly. Elly datang dengan niat yang baik, hanya untuk teater ‘Sri Mersing’."

Selain itu, timbul juga gosip kononnya ada yang melihat kelibat Elly bersama seorang lelaki di sebuah hotel.


Apabila diminta mengesahkan kebenaran perkara itu, Elly hanya berkata, “No komen. Anak seni ni dia sentiasa dengan gosip. Saya tak nak komen apa-apa tentang perkara ini. Takpe lah, semoga Allah merahmati dia (merujuk kepada orang yang menyebarkan cerita ini).”

Biasalah kalau dah jadi artis, ke mana-mana pun pasti ada mata yang memandang. Tambahan pula, muka cantik macam Elly ni. Kan senang Elly kahwin je. Mesti dah tak timbul gosip-gosip macam ni.


“Elly memang mencari (calon). Tapi jodoh di tangan Allah.”

Tatkala ditanya bila Elly merancang untuk menamatkan zaman bujang, dia memberitahu lambat lagi kerana hendak memberi tumpuan pada kerjaya lakonan

Oktober 31, 2009

(Cerita Artis) Elly Mazlein sasar kahwin 2010 !!!


“SAYA rasa nak tamatkan zaman bujang dalam setahun lebih lagi,” kata pelakon dan penyanyi Elly Mazlein yang digembar-gemburkan akan berkahwin dengan seorang pengarah berusia 34 tahun yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak.

Meminta penjelasan daripada pelakon yang wajahnya semakin banyak menghiasi kaca TV menerusi drama dan telefilem lakonannya, Elly enggan memberikan komen berhubung hal itu.

Katanya dengan penuh lemah-lembut, “bukannya saya tak nak beri kerjasama tetapi sebab ia berkait dengan peribadi saya.

“Kalau dah ada pengesahan, baru saya akan umumkan sebab saya takut kalau dah pukul canang nanti, kalau tak jadi siapa yang malu.

“Saya tahu ramai yang nak tahu sebab sudah ramai kawan-kawan sebaya dengan saya yang sudah berkahwin.”

Jelas pelakon drama yang sedang popular menerusi drama ‘Sumpah Bunian’ ini, sebagai seorang artis dia perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi apa yang berlaku kepadanya termasuk gosip.



Baca Selanjutnya

“Sebelum ini saya tak pernah kisah dengan setiap gosip yang dikeluarkan sebab saya anggap ia sebagai usikan para wartawan.

“Ada yang kata saya bercinta dengan VIP bergelar Datuk dan tidak kurang juga mengatakan saya sudah berkahwin dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di sebelah utara,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun, Elly tidak menafikan yang dia sedang mencari masa yang sesuai untuk membuat persiapan perkahwinan.

“Tipu kalau saya tak terfikir untuk berkahwin tetapi sekarang saya nak cari duit dulu kerana apabila sudah bersuami nanti saya tidak mahu terlalu sibuk seperti sekarang.

“Sementara saya masih belum mempunyai komitmen lain, saya akan ambil apa-apa peluang kerja yang ada,” katanya yang mengakui rezeki lakonannya tidak putus-putus sejak membintangi drama ‘Bella’.

Info : Mstar

Zoom Komen: Kahwin juga Elly ni, semakin lama semakin menonjol lakonan elly. Sekarang ini "Sumpah Bunian" menjadi bualan masyarakat yang suka menonton drama tersebut. Watak yang dibawa Elly sebagai isteri kedua memang menjadi, malah sikap beliau didalam drama tersebut boleh membuatkan sesetengah pihak membenci Elly.Namun itu la hakikat kejayaan seseorang pelakon yang berjaya.Apa KOmen anda...?

Oktober 29, 2009

(Gossip) Elly Mazlein Dah Kahwin !!!?


Ada berita tentang pelakon yang diminati ramai, elly Mazlein, sudah berumah tangga dengan sorang pengarah muda, azmi hatta yang buat filem aduhai si pari pari, lakonan liyana jasmay dengan Que Haidar tu? Betulkah?



Baca Selanjutnya

Ada apa-apa info tak mengenai artis yang tengah meletup dalam cerita "Sumpah Bunian" ni, geram tengok dia kat dalam cerita tu. Apa pun tahniah kerana berjaya memainkan watak penting dalam drama "sumpah Bunian"..Kalau ada apa-apa info share la dengan pembaca Di -= Zoomartis.net =-


Jun 05, 2009

(Gossip) Elly Mazelin


apasal lama dah tak dengar citer dia ni.. dia nih cantik, bodulicious, tapi apasal tak berapa famous ek? aku suka dia nih.. muka dia ni tak jemu dipandang . dulu masa awal2 kemunculan dia biasa jer, tak sangka bila dah kurus terus jadi lawa.. aku bukak sembilu kasih pon sebab nak tengok muka dia

aku bukan nak wat gosip, tapi nak tanya jer. aku dengar dr kawan2 aku (bukan aku yang kata tau! ), dia ni ada dibela oleh kerabat (tak ingat lak kerabat mana ).. diorang kata macam tu sb no wonder dia leh pakai 4wheel (masa berlakon citer sembilu dia ada gak guna keta tuh, aku pon ada tengok dia berlakon guna keta tu). walhal tak dengar pon sebarang citer or show pasal dia. ada sapa2 leh pastikan kesahihan berita nih? anyway ini khabar angin.. tak tahu betol ke tak



Korang tgk x citer Keliwon
malam tadi...huh seram n mcm real...good luck elly