Memaparkan catatan dengan label Didie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Didie. Papar semua catatan

Disember 06, 2010

Didie Alias Tidak Kisah Orang Mengata Penampilan Sexy Beliau !!!

Apa-apa lah akak Didie buatlah apa nak buat dengan karier sekarang ni sebagai artis dan pengacara. ZoOm tak nak masuk campur tetapi perihatin dengan keadaan dan situasi yang sudah pasti menjadi bualan  ramai masyarakat diluar sana malahan laman blog turut mengata dan bercerita dengan penampilan akak Didie.


Berikut ZoOm sertakan "Statement" Akak Didie mengenai gossip yang melanda beliau mengenai penampilannya.



“Saya tidak kisah apa yang orang nak cakap, saya hanya jadi diri saya yang sebenar. Apa yang saya cuba sampaikan ialah sebagai selebriti kita perlu ketengahkan fesyen.

Januari 06, 2010

(Cerita Artis) Hubungan antara Didie dan Erra Fazira


Didie Alias, pelakon ini mengakui dia dan Erra Fazira pernah menangis dan ketawa bersama. Malah, mereka pernah menjadi teman akrab dan berkongsi seribu satu cerita kerjaya mahupun peribadi suatu ketika dulu. Namun, keterbatasan masa dan perkembangan karier masing-masing telah merenggangkan kemesraan kedua-dua bintang ini. Menurut Didie, kerenggangan hubungan persahabatan mereka bukannya berpunca daripada pergaduhan atau persilisihan faham. Cuma, dia akur dengan perubahan masa yang terus membina jurang antara mereka.



Baca Selanjutnya


"Saya akui dulu saya dan Erra sangat rapat dan kami banyak berkongsi kisah suka dan duka bersama. Apa sahaja masalah atau cerita, sama ada berkaitan karier ataupun peribadi, kami pasti bercerita antara satu sama lain. Namun, masa terus berlalu dan kami sibuk dengan kehidupan dan kerjaya masing-masing sehingga menyebabkan hubungan yang rapat satu waktu dulu menjadi renggang secara sendiri, tanpa kami sedari. Terus-terang saya kata, kami semakin jauh bukan kerana pergaduhan ataupun bersilisih pendapat. Kerjaya seni Erra semakin berkembang dan saya pula sibuk dengan keluarga dan kerja belakang tabir, mungkin faktor-faktor itulah yang merenggangkan kami,"
kata Didie yang kali terakhir akrab dengan Erra sebelum aktres itu berkahwin dengan Yusry pada tahun 2003.

Setelah bertahun-tahun membawa haluan masing-masing, dua teman lama ini bakal bertemu kembali dalam sebuah telefilem terbaru arahan Michael Ang, Pontianak Kampung Batu yang akan memulakan penggambarannya esok (hari ini). Memainkan watak sebagai pontianak, Didie dan Erra bakal bergandingan sebagai musuh antara satu sama lain dalam drama komedi seram ini. Didie berkata, setelah hampir 20 tahun mengenali Erra, ini adalah kali pertama dia dan primadona filem itu bersatu di dalam projek drama.


"Apabila Michael menawarkan saya watak ini dan memberitahu saya akan bergandingan dengan Erra, saya cukup teruja dengan peluang ini. Maklumlah, saya ini bukan pelakon popular, orang sering sinonimkan saya dengan komedi saja. Bila dapat tawaran begini dan dapat bergandingan dengan Erra dalam satu drama, tentulah saya gembira,"
ujar Didie berseloroh.

Zoom: Sama-sama kita tunggu dan lihat !!!!

Disember 24, 2009

(Gambar) Rambut terbaru didie Alias Sehati Berdansa 3 !!!!


Ini la fesyen terbaru dari pelakon pelawak dan peserta Sehati Berdansa 3 ini, dan mungkin inilah fesyen rambut terkini yang di bawa oleh Didie ni :P..Apa kata anda !?



Baca Selanjutnya


November 30, 2009

(Sehati Berdansa) Didie Dan Suami Kecundang, Undi Masuk Di Buat Untuk Sehati Berdansa !!!


Satu kejutan diumumkan, kesemua pasangan yang telah tersingkir dalam Debaran Sehati Berdansa sebelum ini akan berpeluang diserapkan kembali ke dalam program apabila undian masuk - SBMASUK – diperkenalkan.

Pada awalnya menyaksikan pasangan Didie dan suaminya, Sham menjadi pasangan ke-5 yang kecundang pada minggu ke-6 pertandingan tarian itu. Tarian Bollywood telah dipilih menjadi tema persembahan untuk semua pasangan pada kali ini.




Baca Selanjutnya

Untuk minggu depan, kesemua pasangan lain yang lebih awal tersingkir sebelum ini iaitu Anita & Ismadi, Enot & Zainol, Mirna & Norah, Oshin & Firdaus serta Didie & Sham akan kembali berentap pada Malam Sehati Berdansa dan pasangan yang menerima undian SBMASUK tertinggi akan diserapkan kembali ke dalam SB3 pada minggu seterusnya

Zoom dah agak dah tentu ada undi masuk macam dekat AF tue, mana tak nya Didie dan suami sebellum ini mempunyai undian terbanyak.Tiba-tiba jer boleh terkeluar didalam Program Sehati Berdansa..Apa-apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat siapkah pasangan yang bertuah dalam "SBMASUK" ni...KOmen la apa-apa yang patut k..!!!