Memaparkan catatan dengan label BUkan Sekadar Rupa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BUkan Sekadar Rupa. Papar semua catatan

Disember 19, 2011

Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa Mafa Atau Asmidar

Setelah sembilan minggu program Vokal Bukan Sekadar Rupa berkumandang di kaca TV anda akhirnya bakal juara telah menunjukkan taringnya dengan melangkah ke Final program ini. Langkah demi langkah bakal juara bernama Norhasmidar Ahmad (Asmidar) dan Mafarikha Md Akhir(Mafa) berjaya sampai ke penghujunya apabila mereka ditabalkan sebagai finalist VOKAL pada 25 disember pukul 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.


Pada malam Final ini, Mafa dan Asmidar perlu membuat persembahan iaitu :

1.Pilihan Lagu Sendiri
2. Lagu Baru dan
3. Battle Song

Dan untuk makluman anda di ZoOMartis lagu baru akan dicipta oleh komposer Audi Mok dan Ajai.


Peserta Bukan Sekadar Rupa

ZoOM : Siapakah yang bakal menjadi JUARA !!? Apa Kata Anda ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

September 25, 2011

Program Bukan Sekadar Rupa di TV3


Satu lagi fenomena yang bakal mengemparkan dunia seni muzik di Malaysia khasnya, jika sebelum ini pakej rupa dan tubuh badan menjadi taruhan kini program ini bakal mencungkil bakat peserta berdasarkan pakej suara.

Program yang bakal bermula pada 16 oktober 2011 ini sudah pasti ditunggu-tunggu oleh peminat seni kerana ia menampilkan kelainan. Jika sebelum ini program Mentor menjadi sebutan selain program Akademi Fantasia yang sudah makin jauh dari landasan sebenar, ZoOm berharap program Bukan Sekadar Rupa menjadi bualan masyarakat diluar sana. Dan sudah tentu bakal peserta tidak sabar-sabar menampilkan bakat yang sudah lama terpendam dan hanya menjadi peneman di pusat Karoke ataupun kenduri kahwin.

Program ini bakal berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, setiap hari Ahad, jam 9 malam hingga 10 malam. Program ini bakal menampilkan 10 orang peserta yang akan berentap di 9 konsert mingguan dan hadiahnya juga cukup lumayan yakni RM50,000 jika menjadi juara.

Tenaga pengajar pula terdiri daripada Faizal Uzir sebagai pengarah dan penasihat vokal, Adzwa sebagai penasihat persembahan dan ramai lagi sebab ZoOM nak bagi tau pengacara program ini dikendalikan oleh abang Faizal Ismail @ FBI kita.

ZoOM : APa Kata Anda Mengenai Program Ini ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!