Memaparkan catatan dengan label Aznil Hj Nawawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aznil Hj Nawawi. Papar semua catatan

Ogos 03, 2012

Gempar : Rumah Aznil Nawawi Di Rompak !!

Berita terbaru mengenai rumah abang Aznil kita yang dirompak malam kelmarin dan mengakibatkan kerugian kira-kira 40 ribu. Dan kepada anda yang ingin berhari raya di Kampung nanti jadikan ia sebagai iktibar kerana walau dimana anda berada sifat tamak manusia sentiasa mengekori dan menghantui kita.

Kepada abang Aznil, kami bersimpati dengan apa yang berlaku dan semoga perompak yang hanya mengambil jalan mudah ditangkap dan dikenakan balasan yang setimpal.

Dan berikut adalah berita daripada Mstar :

KUALA LUMPUR: Rumah yang didiami pengacara televisyen popular Aznil Nawawi di Taman Yarl di sini dipecah masuk penjenayah malam kelmarin menyebabkan selebriti itu kerugian kira-kira RM40,000.

Memetik laporan akhbar Kosmo! kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut.

Januari 29, 2012

Kaki Aznil Nawawi Terseliuh Terjatuh di Lapangan Terbang KLIA

KUCHING:Pengacara Aznil Nawawi terpaksa menggunakan tongkat dan kerusi roda untuk ke Sarawak kerana kaki kanannya terseliuh dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat lalu.

Aznil yang ditugaskan untuk menjadi juri program realiti On Air terbitan Astro di sini berkata, sebelum berlepas dia singgah di sebuah bilik air terlebih dahulu.

Bagaimanapun secara tidak sengaja dia tersalah langkah membuatkan kakinya terseliuh sehingga sukar untuk bergerak.

"Saya benasib baik apabila pihak keselamatan lapangan terbang menyediakan kerusi roda untuk

Januari 26, 2012

Aznil Guna 9 Produk Kecantikan Wajah

PETALING JAYA: Pengacara Aznil Nawawi mula terdedah dengan penjagaan wajah seawal usia 12 tahun dan sehingga sekarang telah menggunakan sebanyak sembilan jenis produk kecantikan.

Aznil berkata, pada usia tersebut dia sudah mula praktik menggunakan tiga jenis produk wajib iaitu pencuci, penyegar dan pelembap.

"Kebanyakan lelaki selalu menganggap remeh tentang penjagaan wajah mereka. Bagi mereka itu perkara yang leceh.

"Lain pula dengan saya yang sudah mula menjaga wajah pada usia muda. Jika dahulu hanya tiga produk sahaja, sekarang ini saya pakai sembilan jenis yang antaranya seperti krim mata, pemutih, serum, penegang kulit, dan pelindung matahari selain tiga pembersih utama pencuci, penyegar dan pelembap.

"Rasa muka ini seperti bogel pula apabila tidak mengenakan apa-apa," katanya.

Tambah pengacara rancangan Clever itu, dia akan meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk merawat wajahnya sebelum keluar rumah melakukan rutin hariannya.

Mac 07, 2011

Akademi Fantasia 9 : Aznil Sah Pengacara AF9

Akhirnya teka-teki yang menghantui peminat Akademi Fantasia  akhirnya terjawap dengan pengumuman pihak pengurusan astro kepada media.
Pemilihan Aznil dibuat berikutan pihak Astro ingin mengembalikan semula kenangan Akademi Fantasia musim pertama lalu. AF9 pada tahun ini merupakan program terakhir.
Menurut pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, kehangatan musim terakhir ini bakal menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan peminat.

Februari 19, 2010

(Gossip) Aznil Hj Nawawi jadi pengkritik tetap Akademi fantasia 8 !!?

Berita ini zoom baca di akhbar hari ini, entah betul ke tak Abang Aznil kita yang sebelum ini menjadi pengacara di segani semasa Program Akademi Fantasia 1 lagi.Jika betul Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil menjadi pengkritik tetap Akademi Fantasia 8 pastinya akan menggembirakan semua peminat di Malaysia, Brunei dan singapura.

Apa-apa pun sama-sama la kita tunggu keputusannya...INi gossip jeee tak betul 100 % tapi 50 % ada la....!!! apa kata anda !?

Januari 20, 2010


Setelah sekian lama kedua-dua artis yang mempunyai pengalaman lama dalam arena industri seni di Malaysia ini akhirnya mereka akur dengan peredaran masa yang semakin mencemburui mereka.Akhirnya sengketa yang mereka bina sebelum ini terlerai dengan satu pertemuan..mari kita baca dan hayati luahan kedua-dua artis yang sebelum ini bersahabat baik dan satu ketika mereka bersengketa..



Baca Selanjutnya

Luahan Aznil dan Azwan Ali

Rentetan kisah lama antara mereka seperti laporan polis lewat bertikam lidah dan sebagainya, seperti tidak mahu diimbau lagi. Biarlah semua itu tinggal sebagai kenangan pahit.


"Itu cerita lama.... janganlah diungkit lagi. Biarlah I dengan Azwan saja yang tahu," pinta Aznil separuh merayu.


Sebalik kekesalan yang terluncur di hujung bibir, Azwan dan Aznil akur, kisah 'permusuhan' dan dendam adalah sejarah silam. Tidak perlu diteruskan lagi sementelah, nama masing-masing utuh di persada seni.


"Kita semakin tua. Fikiran sepatutnya lebih matang. Saya sudah fikirkan masak-masak. Tidak ke mana apa-apa permusuhan sekalipun.
"Lagipun saya yang lebih tua. Jadi seharusnya, saya yang lebih matang dari Azwan dan mengorak langkah dulu,"
jelas Aznil sejujurnya.

Malah, kata Aznil lagi, dia akan tetap menyokong Azwan dari belakang.

"I will always be there when he needs me....," jelas Aznil yang menghadiahkan sehelai selendang kepada Azwan ketika dia hendak menunaikan umrah.

Dan selendang itu lah yang selalu menjadi tanda ingatan mereka berdua.

"Setiap kali saya terlihat kain selendang itu di badan Azwan (seperti di blognya), hati saya akan tersentuh....Azwan begitu menghargai pemberian saya," kata Aznil.

Kata Aznil lagi, persahabatan yang terjalin antara mereka merupakan satu pusingan persahabatan yang 'tipikal'.

"This is total friendship. Kita melalui saat suka dan duka bersama. Ini lah yang dikatakan ujian sebuah persahabatan....an extreme case of friendship," kata Aznil sambil tersenyum.

Zoom: Di atas ini adalah serba sedikit luahan kedua-dua artis yang berpengalaman dan mempunyai kreteria tersendiri dalam meneruskan karier masing2. Semoga kisah silam menjadi pengajaran dan menjadi pedoman di masa hadapan..Apa Kata anda ?



Disember 14, 2009

(Gossip) Aznil Tegur Doa Nik Aziz


Nampaknya bukan sahaja ahli politik tampil membidak Doa Tuan Guru Nik Aziz yang menadah tangan bermunajad semoga diturunkan bala kepada Perdana Menteri.Zoom tidak memihak kepada parti politik mana-mana ini sekadar untuk kita berkongsi bersama isu Agama Islam yang semakin dipandang remeh dan oleh agama lain. Sebelum ini Ustaz Asri yang turun naik mahkamah kerana beliau perlukan kebenaran atau Tauliah untuk memberi ceramah.Zoom pun tak suka cerita benda-benda macam ini sedih dan kekadang berfikir sejenak mengapa perkara sebegini acap kali kita dengar..!!!



Baca Selanjutnya

Berikut KOmen Aznil Hj. Nawawi didalam teks akhbar di atas:,

Dalam tulisan beliau, Aznil Hj. Nawawi berpendapat tindakan Nik Aziz seolah menyimpang dari ajaran agama Islam sebenar yang mengunjurkan kita untuk mendoakan kebaikan terhadap orang lain. Tindakan Nik Aziz ini tidak lain tidak bukan kerana permintaan royalti minyak berjumlah RM1 billion tidak di tunaikan kerajaan pusat.

Apa Kata anda ?

Disember 07, 2009

Gambar Aznil Hj Nawawi Dan Keluarga



Aznil Hj Nawawi dan ibunya Hajah Norbaiti binti Haji Surur dan anak-anaknya.


Inilah gambar keluarga abang Aznil Hj Nawawi, bersama-sama dengan anak serta ibu mengambil gambar sebagai kenangan di masa depan.!!

Comel tak anak-anak Abang aznil ni, tengok la ayah dia walupun sudah berusia tetapi tetap Macho :P

Dekat bawah Zoom ada upload gambar bekas isteri..!!!

Apa kata anda !!?



Baca Selanjutnya


Abang Aznil Dan Bekas isteri


September 14, 2009

(Celebrity News) Bro Aznil Tulis Buku Bersama Artis !!!!


KISAH suka dan duka selebriti tempatan dan luar negara sering menjadi tajuk hangat paparan media massa setiap hari. Namun kita perlu membelek majalah, surat khabar dan rakaman berita pada tarikh atau keluaran tertentu untuk membaca kisah-kisah ini.

Jika projek terbaru personaliti popular dan juga penyampai radio ERA FM, Aznil Haji Nawawi menjadi kenyataan pada tahun hadapan, kita akan dapat baca cerita artis-artis tempatan dan luar negara dalam sebuah buku sahaja.

"Buku kompilasi ini dijangka dikeluarkan pada tahun depan. Ia akan merakamkan kisah 20 tahun pembabitan saya dalam industri hiburan bersama artis-artis tempatan dan luar negara," kata Aznil ketika dihubungi baru-baru ini.

Aznil, 47, yang juga pengacara, penyanyi dan pelakon itu berkata, dia telah menulis kisah-kisah artis tersebut sejak Disember lalu dan masih menulis cerita-cerita artis pada waktu lapang.

"Misalnya, saya kenal Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza. Yang terbaru ialah kisah perceraian Kris Dayanti atau KD dengan Anang. Apa cerita yang seronok dan sedih? Apa pula peristiwa melucukan tentang mereka?

"Saya akan tulis banyak cerita mengenai kenangan peribadi saya bersama artis-artis terbabit. Saya juga akan melontarkan pandangan saya terhadap mereka," kata Aznil yang pernah pernah menjadi wartawan siaran TV3 dan berguru dengan penulis-penulis seperti Abd Hadith dan Datuk Ahmad Taib di News Straits Times dulu.

Menurut Aznil, buku berkulit keras itu seboleh-bolehnya akan memuatkan lebih kurang 100 cerita tentang artis dan setiap bab menceritakan seorang artis yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Katanya, artis-artis tersebut akan disusun mengikut abjad nama selebriti tersebut untuk memudahkan pembaca.

"Saya tak nak berhenti menulis. Bila dah mula menulis, momentum itu perlu diteruskan. Apabila ada ruangan masa, saya akan menulis di suratkhabar," kata Aznil yang pernah menulis novel 'Yo! It's me', 'Fifi' dan 'Si Lembik'.

Aznil yang juga merupakan kolumnis Paknil di sebuah akhbar harian tempatan pernah memenangi pelbagai anugerah sepanjang kariernya.

Antaranya, Best Talk Show (Anugerah Skrin 2007); Best Talk Show (Asian Television Award 2005) dan Best TV Host (Anugerah Sri Angkasa 2005) di samping Best TV Show (Anugerah Sri Angkasa 2004).


Zoom PUn Nak beli la buku Bro Aznil ni, Buku Tips nak kekal nampak muda ada tak bro Aznil..Kalau ada zoom la orang pertama nak beli !! :)

Julai 27, 2009

(Konterversi) Siapa tiru siapa? - Radio Era dilabel stesen ciplak !!

KERATAN akhbar Kosmo! keluaran 15 Julai lalu.

Nampaknya Konterversi Radio ERA dan Sinar FM Masih Panas di pasaran..Berikut Statement Orang Penting ERA En Nazri !!

"Sudah lama radio lain di bawah AMP selain ERA yang mengamalkan muzik tanpa henti. Cuma kami tidak pernah menguar-uarkan perkara ini kepada pendengar.

"Stesen radio itu tidak boleh sewenang-wenangnya mendakwa ERA meniru idea mereka. Padahal Hitz.fm dan Light.fm sebelum ini sudah melaksanakan perkara sama sejak bertahun-tahun lamanya.

"Malah hingga ke waktu ini stesen-stesen radio di bawah AMP ini masih menjalankan format sama. Kami sudah buat bermacam-macam kelainan. Tiada kata yang boleh mengaitkan ERA menciplak idea mereka.

"Macam saya katakan tadi, benda ini sudah lama diaplikasikan sejak tahun 1997 oleh AMP. Lantaran itu, saya tidak mengambil kisah jika ERA dituduh mengambil konsep radio tersebut," katanya dalam nada tenang serta bersahaja.


PENYAMPAI radio Era, Aznil dan Din Beramboi bergambar bersama penaja dan peserta program selepas penyerahan papan poster Program Riuh Sana Sini Era di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Julai 08, 2009

(Gossip) Bro Aznil Buat Ramlah Ram Menangis !!



Kesian Ramlah Ram... dia menangis di belakang pentas gara-gara pengacara paling popular Aznil Nawawi. Macam mana boleh jadi macam itu? Macam ni ceritanya. Mereka dan ramai lagi artis mengadakan persembahan dalam satu majlis baru-baru ini.
Aznil bukanlah sengaja membuat kesilapan sehingga mengguris hati Ramlah dan dua artis lagi yang sama-sama membuat persembahan. Malah Aznil sudah meminta maaf kerana kesilapan itu.
Macam ni ceritanya. Ramlah dan dua lagi penyanyi seangkatannya sepatutnya muncul dalam persembahan terakhir majlis tersebut. Bermakna semasa mereka muncul Aznil sudah tamat kerjanya.
Tapi apabila Aznil mengumumkan tugasnya berakhir, dia terlupa mengumumkan persembahan sebenarnya masih ada.

Apabila Aznil melambai tangan dan turun pentas serta bersalam dengan tetamu yang duduk di meja hadapan, semua yang hadir ke majlis itu ingatkan majlis sudah selesai.
Penganjurlah yang terpinga-pinga kerana hanya mereka yang tahu masih ada artis yang akan muncul.
Ramlah dan rakan artis lain tersentaplah. Malah pada mulanya keberatan untuk naik ke pentas. Ramlah sudah meraung di belakang pentas kerana rasa terhina. Yalah pada masa itu orang sedang angkat kaki.

Ibaratnya mereka menyanyi untuk mengiringi orang balik, bukannya menghiburkan. Itulah kisahnya.
Aznil mengakui dia terlupa untuk mengumumkan nama Ramlah dan penyanyi lain kerana terburu-buru untuk ke satu majlis lain.
Difahamkan penganjur juga sudah tahu yang Aznil harus meninggalkan majlis pada waktu tersebut. Akibat mengejar masa, Aznil sampai terlupa nak umukan nama mereka.
Siapa yang salah. Mangga Muda nak pinjam kata-kata Nabil, Lu Fikirlah Sendiri...

Zoom Comment : Kesian Kak Ramlah,Alah Bro Aznil tak sengaja tue..Zoom Tau Bro aznil tak sengaja..sebab zoom tabik spring kat Bro aznil ni,Dalam Dunia seni Tanah Air Dia Salah seorang Yang Clean Dari Gossip2 yang panas..Mungkin kisah ni menjadi pengajaran buat bro aznil.. :P "lucu tapi benar"

Info : Mangga Online

Jun 08, 2009

(Celebrity News) Perkahwinan Nana dan Brian

HI all..So ni jer la Gambar PErkahwinan Nana Yang Sempat Saya Upload pagi ni..Kalau Free NNt I Upload Lagi K..Zahssssss watchaaaaaaaaa

PERKAHWINAN penyampai radio ERA, Nurhana Che Mahazan atau Nana dan pasangannya, Mohd Raqeem Brian berlangsung dengan begitu meriah Sabtu lalu.

Bertempat di kediaman ibu bapa Nana di Persiaran Bahagia, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor, percintaan yang dianyam hampir tiga tahun itu diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Meskipun Brian berketurunan India-Cina dan berbeza agama pada awal perkenalan mereka, itu bukannya halangan buat pasangan kekasih itu bersatu.

Layan La Dulu Gambar-Gambar Kat Bawah NI yerkkk..


Aiks Abang Aznil Pun ada :P





Mereka berdua yang ditunangkan terlebih dahulu pada pukul 9.30 pagi dinikahkan oleh Iman Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar, Azman Moomin dengan mas kahwin RM22.50.

Walaupun dengan dua kali lafaz, Brian bersyukur kerana semuanya berjalan seperti yang diaturkan.

"Saya sudah berlatih sebelum ini tetapi bila imam pegang tangan macam ada satu aura yang membuatkan saya lupa semuanya.

"Selama ini saya hanya lihat rakan Melayu nikah, sekarang ini bila tiba giliran sendiri baru saya tahu betapa gemuruhnya apabila tiba masa akad nikah," bicara Brian yang tidak kisah tentang bilangan cahaya mata yang bakal diperoleh kelak.

April 07, 2009

Aznil Hj Nawawi At Mekkah




All Picture Abang Aznil Hj Nawawi At Mekkah..All Malaysian Know About This Actress.. Good Bless You...God Luck Brother