Memaparkan catatan dengan label American Idol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label American Idol. Papar semua catatan

Julai 23, 2011

David Archuleta Sampai Ke Malaysia Isnin Ini !!


Bagi anda diluar sana yang meminati David Archuleta yakni juara progam American Idol musim ketujuh, inilah masanya kerana beliau dijangkakan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.50 tengah hari.

Untuk makluman anda David Archuleta datang ke Malaysia sempena "David Archuleta Live In Malaysia 2011" pada hari selasa di Stadium Negara.

Jika berminat dan anda boleh lah melawat laman web www.ticketcharge.com.my (Ticket Charge) dan www.airasiaredtix.com (AirAsia RedTix).

Dan harga tiket :

1. RM300 (tempat duduk VIP)
2. RM230 dan RM190 (tempat duduk bernombor)
3. serta RM150 dan RM90 (tempat duduk bebas).

ZoOM : Jika anda pergi jangan lupa sharelah gambar tu ye...maklum saja lah ZoOM Busy dan tidak mempunyai masa untuk menonton konsert David ni.




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Februari 08, 2010

( American Idol ) Kris Allen mempromosi album sulungnya di KL !!!

Kepada peminat Kris Allen,25, inilah masanya untuk anda bertemu secara "Live" dengan artis American Idol.Ikuti jadual dan perkembangan mengenai artis ini di bawah..!!



Baca Selanjutnya

Allen diterbangkan ke Malaysia oleh Star World yang juga penyiar rasmi American Idol dan Astro. Bakat Allen tidak boleh dipandang sepi kerana dia bukan saja boleh menyanyi, malah dia boleh bermain gitar dan beberapa alat muzik lain serta mencipta lagu dengan baik.

Kesemua lagu yang dipaparkan mempunyai cetusan idea Allen yang cukup romantis dan berseni seperti Live Like We're Dying, Before We Come Undone, Can't Stay Away, The Truth, Written All Over My Face, Bring It Back, Red Guitar, Is It Over, Let It Rain, Alright With Me, Lifetime dan I Need To Know.

Sesi autograf akan diadakan di Centre Court, pusat beli-belah Midvalley, Isnin ini jam 6 petang. Pada hari Isnin, jam 8 malam, jejaka kacak ini akan membuat satu persembahan istimewa 'Kris Allen Live in KL Showcase' di The Gardens Ballroom, The Garden Hotel. Persembahan itu terbuka kepada pelanggan Astro dan pemenang peraduan menerusi atas talian yang diadakan baru-baru ini.

Oktober 03, 2009

(American Idol) Air teh penyedap suara Jordin Sparks !!!!



DUA tahun selepas memenangi program realiti, American Idol (AI), Jordin Sparks kini tampil lebih dewasa dan yakin. Album terbarunya, Battlefield menyelitkan perancangan tersendiri Jordin kerana mahu menyingkirkan elemen pop remaja seperti yang ada dalam album pertamanya, Jordin Sparks.

Sudah berada di pasaran sejak 21 Julai lalu, album itu sudah terjual lebih sejuta unit di seluruh dunia. Jordin yang menjadi pemenang AI musim keenam dan juara termuda sehingga kini memberitahu, dia perlu lebih bekerja keras memandangkan usianya yang remaja.....



Baca Selanjutnya

"Dalam sesetengah aspek, saya perlu lebih berusaha. Sebagai manusia, lebih banyak pengalaman yang dikumpul, anda akan menjadi lebih dewasa. Saya bagaimanapun akan berjalan selangkah demi selangkah. Saya harap langkah saya diatur dengan baik kerana saya masih merupakan seorang gadis yang pemalu," luah Jordin.

Berbekalkan reputasi sebagai 'gadis baik' yang masih belum dicalar dengan kontroversi, Jordin jarang menjadi sasaran paparazzi atau gosip dalam tabloid. Meletakkan dirinya sebagai contoh kepada remaja lain, Jordin menjauhkan dirinya daripada seks dan dadah.

Malah setakat ini, penyanyi yang berasal dari Arizona itu belum pernah mendapat kritikan negatif. Single pertamanya yang ditulis dan diterbitkan oleh Ryan Tedder, Battlefield sudah dikenali dunia. Menariknya judul lagu itu mempunyai persamaan dengan lagu Love is a Battlefield (Pat Benatar) yang disampaikan oleh Jordin.

"Ia satu kebetulan. Apabila saya mendengar lagu Battlefield buat kali pertama, saya jatuh cinta dengannya. Saya tidak memikirkan mengenai Pat Benatar sama sekali. Namun, saya masih merupakan peminat dia kerana saya dan ibu mendengar lagunya sejak kecil," katanya.

Album itu turut memuatkan lagu S.O.S yang menyerupai sebuah lagi karya tahun 1980-an nyanyian Shannon, Let The Music Play. Jordin yang dilahirkan pada tahun 1989 bagaimanapun tidak mengenali lagu tersebut.

"Jika diberi peluang, saya ingin menyampaikan lagu disco. Saya tidak mahu sentiasa dikenali sebagai gadis balada dari AI. Saya mahu mencuba sesuatu yang baru tetapi setakat ini, tiada siapa yang mempercayai saya," jelasnya.

Berasa kecewa dan bengang apabila lagu Battlefield bocor di laman web sebelum ia dipasarkan secara rasmi, ikuti petikan temu bual yang disediakan oleh Sony Music Entertainment (Malaysia) untuk mengetahui lebih banyak mengenai 'bayi'' baru Jordin itu.

Apakah lagu kegemaran anda ketika membuat persembahan?

JORDIN: Berpeluang untuk membuat persembahan dengan lagu sendiri sudah cukup mengagumkan. Namun, sebelum peminat saya fasih dengan material baru saya, ada tiga buah lagu yang saya suka sampaikan ketika persembahan iaitu Tattoo, No Air dan One Step At A Time.

Anda baru sahaja menjadi tetamu untuk konsert jelajah The Jonas Brothers di Philips Arena, Atlanta. Apakah memori paling indah semasa konsert itu?

Walaupun kami hanya menghabiskan masa selama beberapa hari bersama, pengalamannya amat menyeronokkan. Kami semua dalam lingkungan usia yang hampir sama dan kerana itu kami boleh bergurau tanpa batasan. Berada dalam industri sama, saya berasa selesa apabila berada di sisi orang yang turut melalui senario yang sama. Malah, mereka sentiasa memberikan dorongan dan sokongan kepada saya.

Bagaimana anda membezakan Battlefield dengan album pertama anda yang diterbitkan pada tahun 2007?

Suara saya kedengaran lebih matang sekarang. Saya juga memilih lagu yang saya tidak kisah untuk menyanyi sepanjang hayat saya. Lagipun album ini memuatkan empat buah lagu yang ditulis oleh saya iaitu Emergency, Was I the Only One, Faith dan The Cure. Jadi ia amat mengujakan.
Apakah lagu kegemaran dalam album terbaru itu?

Saya sukakan semuanya. Namun, rasanya lagu yang ditulis oleh saya memberikan lebih bermakna buat saya. Salah satunya adalah Faith. Saya menangis semasa merakamkan lagu itu dan percaya ia akan menyentuh perasaan pendengar.

Saya menulis lagu itu empat hari sebelum upacara angkat sumpah Presiden baru Amerika Syarikat, Barack Obama. Ketika itu, saya memikirkan banyak perkara termasuk situasi dunia, ekonomi dan salah seorang kawan baik saya yang meninggal dunia dua tahun lalu. Jadi Faith adalah sebuah lagu yang istimewa.

Apakah aktiviti kegemaran semasa musim panas?

Berenang bersama anjing saya, menghabiskan masa bersama keluarga dan membaca. Hidup saya amat ringkas.

Adakah keluarga anda amat menyokong karier anda?

Ya, saya amat bertuah. Tidak kira saya atau adik saya, Phillippi Sparks atau saudara lain dalam keluarga saya, mereka akan sentiasa bertanya minat kami. 'Apa yang anda suka lakukan?' dan 'Adakah anda pasti itu yang anda ingin lakukan? Baiklah, kami akan membantu anda.'
Itu soalan yang mereka sering tanyakan. Adik saudara saya suka bermain bola sepak, jadi mereka membawa dia untuk berlatih. Adik saya pula suka bermain bola keranjang. Maka, ayah saya membantu dia. Saya pula suka menyanyi dan saya mendapat gitar untuk membantu meluaskan minat saya. Sokongan mereka banyak membantu.

Anda memiliki suara yang menakjubkan. Apakah teknik yang digunakan oleh anda untuk mengekalkan kualiti suara?

Secara jujur, saya masih mempelajari tekniknya tetapi saya sentiasa cuba untuk tidak bercakap dengan banyak terutama selepas membuat persembahan. Mengambil banyak minuman teh untuk melegakan kerongkong. Gula-gula Grether juga banyak membantu.

Anda merupakan peminat Michael Jackson. Bagaimana anda menerima berita kematiannya?

Sehari sebelum dia meninggal, saya ada menyanyikan lagu dia. Sebenarnya saya selalu menyanyikan lagu Michael dan meniru gerak tarinya. Jadi kematian dia amat mengejutkan dan tidak masuk akal.

Ramai antara peminat anda melihat anda sebagai contoh. Adakah anda berasa tertekan dengan setiap keputusan yang diambil kerana anda sentiasa diperhatikan ramai?

Ia satu tekanan yang baik tetapi saya perlu berhati-hati dengan tempat yang saya pergi, dengan siapa saya bercakap dan banyak lagi. Tapi itu semua benda yang baik dan membuatkan saya berjaga-jaga serta berada di haluan yang betul.

Jun 12, 2009

(Celebrity News) Iraheta bakal rakam album


DIA hanya meraih tempat keempat dalam program realiti TV popular, American Idol musim kelapan (AI8), namun Allison Iraheta sungguh bertuah apabila bakal muncul dengan album sulung.

Pelajar sekolah berusia 17 tahun itu kini menyertai juara AI8, Kris Allen dan naib juara, Adam Lambert menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman 19 Recordings.

Sebelum muncul dengan album masing-masing, Iraheta, Allen dan Lambert bakal bergabung dengan kesemua peserta final AI8 untuk menjayakan konsert bergerak yang bakal bermula pada 7 Julai depan di Portland, Oregon.

Menurut pemilik 19 Recordings, Simon Fuller, Iraheta merupakan salah seorang penyanyi remaja terbaik pernah dilahirkan program realiti TV tersebut.

Iraheta yang merupakan anak kepada imigran dari Salvador yang tinggal di Downey yang terletak di pinggir Los Angeles, memberitahu dia sudah bercita-cita untuk menyertai American Idol sejak usianya sembilan tahun lagi.

Album debut Iraheta itu nanti bakal diedarkan Jive Records yang bernaung di bawah Sony Corp.

Mei 24, 2009

(Media)Kris Allen Juara American Idol


Tak ada yang mustahil buat Kris Allen(sebelah kanan gambar). Terkejut beruk jutaan peminat American Idol bila peserta favourite diorang, Adam Lambert kalah dengan Kris Allen. Yang lagi best, Kris Allen pun tak percaya dia dah bergelar juara American Idol.

Ada orang kata Adam Lambert kalah sebab kontroversi gambar dia bercium dengan lelaki tersebar kat internet. Gosipnya orang kata dia gay. Tapi bagi kami, Adam Lambert memang ada suara yang paling mantap dan terbaik antara semua peserta American Idol.

Kalaulah salah seorang daripada mana-mana peserta American Idol masuk OIAM ke AF ke, memang tak ada can la Tomok ke Hafiz nak menang. Vokal diorang superb beb. Nak dibandingkan dengan peserta-peserta realiti negara kita memang bagai langit dan bumi.

Kalau tak percaya anda pergilah layan American Idol season 8. Tengok dan dengar sendiri mutu persembahan diorang