Memaparkan catatan dengan label Amar Alfian. Papar semua catatan

Februari 07, 2010
(Hot News) Hero 'Tari Tirana' Ugut Bunuh Wartawan Hiburan Di Facebook?
Mungkin kisah artis ini akan menjadi sensasi dan juga seterusnya menjadi perbualan di kalangan wartawan kerana jari-jari nakalnya di laman Facebooknya.Mari kita baca kisah "Ugutan Bunuh Dan Komen Hero" ini di Facebook di bawah...!!! (Info-Mstar
Baca Selanjutnya
SELEPAS pelakon Indonesia, Luna Maya dikecam baru-baru ini kerana mencemuh wartawan hiburan melalui laman sembang Twitter, kini artis baru Malaysia Ammar Alfian Aziz atau dikenali sebagai Neo dalam drama Tari Tirana pula dengan beraninya mengikuti jejak langkah Luna.
Tindakan berani Ammar di laman sosial Facebook yang begitu marah dan emosional dengan pihak media dikatakan kerana beberapa sebab tertentu.
Kekasih kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana itu, melemparkan kata-kata ugutan dan kesat serta berbaur lucah kepada seluruh wartawan di Malaysia terutamanya wartawan hiburan.
Rasa ketidakpuasan hatinya dalam laman sosial Facebook itu dipamer di statusnya pada Jumaat, 5 Februari sekitar pukul 8 malam.
Pelbagai gelaran diberikan pelakon lelaki yang tidak sampai setahun jagung itu kepada wartawan tempatan termasuk 'bodoh' dan 'berpura-pura'.
Entrinya di lawan sosial itu malam kelmarin berbunyi: "Cant believe how stupid n fake reporters are.. creating stories for their own benefits without thingking dat they're ruining other people's lives.. I ***** HATE REPORTERS IN MALAYSIA".
Jejaka berusia 22 tahun itu turut membuat justifikasi atau alasan di sebalik tindakannya itu kepada rakan-rakannya. Kononnya, dia berkata demikian setelah diprovokasi oleh beberapa wartawan untuk mendapatkan cerita buruk tentang dirinya.
Ammar berkata,..."well they're provoking me by making up stupid dumb story"
Dalam kenyataan susulannya, Ammar turut membuat ugutan bunuh kepada para wartawan yang menulis cerita buruk tentangnya.
"Seriously if i meet up with dat ****** who created those stories bout me im gona ****** kill em.. DATS MY WORD," katanya yang dipetik dari Facebooknya.
Bagaimanapun, tinjauan mStar Online mendapati Ammar telah membuang beberapa nama yang disyakki berstatus wartawan dari senarai rakan Facebooknya beberapa jam kemudian, hari yang sama.
Zoom: Apa kata anda..?? Nampaknya kena gam la Mamat oleh wartawan selepas ini... 98% surelyyyy!!!
Labels:
Amar Alfian,
Facebook,
Facebook Artis,
Gambar Artis,
gossip,
Konterversi,
Pelakon Baru
Januari 11, 2010
(Gossip) Amar pelakon Tari Tirana Fobia Berlakon Lagi !!!!
Walaupun masih baru dalam arena industri Lakonan, menyebabkan pendatang baru ini yang bermula sebagai seorang Model ke set penggambaran menyukarkan beliau menyesuaikan diri dengan keadaan.Tetapi ZoOm pelik juga perlukah masa 7 bulan untuk menyiapkan 26 episod..!! sorry la zoom pun tak arif mengenai set di belakang tabir..!!!! apa-apa pun mari kita baca "Statement" atau luahan anak muda ini di bawah...!!!
Baca Selanjutnya
Impian aktor kelahiran Cardiff, Wales ini untuk mengembangkan bakat lakonannya ternyata mengundang mimpi ngeri dan perasaan fobia gara-gara kekusutan dalam sebuah produksi drama.
"Saya jadi fobia untuk berlakon lagi ekoran apa yang terjadi dalam produksi Radius One yang menerbitkan siri Tari Tirana. Bukan hendak memburuk-burukkan produksi itu tetapi segala kekusutan yang berlaku sepanjang penggambaran drama ini benar-benar melampau.
"Bayangkan saya terpaksa komited kepada projek 26 episod itu selama tujuh bulan. Jika saya hendak bariskan satu persatu kekusutan itu, memang tidak guna sebab perkara telah pun berlaku. Watak saya sebagai Neo pun telah tamat penggambarannya. Itu pun setelah saya 'bertikam lidah', barulah mereka tergesa-gesa habiskan watak saya.
"Sebagai pelakon baru saya cukup komited dengan masa dan jadual penggambaran drama itu, tapi kekusutan dalam produksi itu sama sekali tidak saya jangka, memandangkan produksi itu terkenal menerusi beberapa drama bersiri yang popular sebelum ini seperti Sindarela dan Merah Putih.
"Apabila terlibat dengan mereka untuk Tari Tirana, barulah saya alami sendiri sikap tidak profesional produksi ini dalam menguruskan proses penggambaran.
Mengulas mengenai cerita kononnya Ammar 'bermulut tempayan' dan mendedahkan keburukan produksi itu, Ammar bertegas bahawa dia bukan sengaja membuat cerita. Malah katanya, setiap kekusutan yang berlaku sepanjang penggambaran drama itu benar-benar berlaku.
"Sebagai pendatang baru tak mungkin saya berfikiran sebegitu singkat untuk mereka-reka cerita jika kekusutan dalam produksi itu tidak berlaku.
"Saya berani luahkan perkara ini pun kerana saya berada di pihak yang benar. Bukan hendak panjang-panjangkan cerita yang sudah lepas. Cuma, terus-terang saya katakan, sekiranya saya dapat tawaran berlakon dengan produksi tersebut selepas ini, rasanya tak mungkin saya akan terima tawaran itu.
"Malah, saya juga pernah suarakan hal ini kepada penerbit dan pemilik Radius One, Fazli Baharom. Saya bukan marah dengan penerbit, saya kecewa dengan sikap tidak profesional tenaga produksi drama itu.
"Bukannya saya angkuh atau sombong, tapi cukup-cukuplah dengan apa yang telah saya lalui dengan mereka.
"Mungkin pelakon lain boleh bersabar dan berkompromi dengan produksi itu, tapi saya memang tidak boleh bersabar.
"Pada saya, apa yang berlaku, biarlah jadi pengalaman agar saya lebih berhati-hati di masa mendatang," katanya yang mengakui tidak mendapat bayaran setimpal untuk segala penat-lelah dan komitmen selama tujuh bulan terlibat dalam Tari Tirana.
Zoom : Mungkin kerana serik anak muda ini macam nak bawa diri je..."Statement" dia kat bawah ni..
Apa kata anda ?

"Saya dapat tawaran kontrak selama setahun untuk buat modeling di New York. Kontrak tersebut akan tamat pada Mac 2011.
"Memandangkan ini peluang yang sangat baik untuk saya terus mengembangkan nama dalam bidang modeling, saya sedang mempertimbangkan pro dan cons sebelum terbang ke sana.
Apa kata anda ?
Labels:
Amar Alfian,
Artis Malaysia,
Gambar Artis,
gossip,
Pelakon Baru,
Tari Tirana
Langgan:
Catatan (Atom)