Hari demi hari berlalu sudah lebih dua bulan pasangan ini berkahwin, masa yang ada jika mereka bersama sudah tentu akan digunakan dengan sebaiknya. Mungkin ada diantara anda yang masih tidak mengetahui bahawa isteri Ally masih belajar di luar negara, namun Ally masih berada di Malaysia kerana terikat dengan kerja beliau.
Tanpa melengahkan masa berikut ZoOM "Copy and Paste" luahan seorang isteri kepada seorang suami :
sudah masuk dua bulan perkahwinan kami. alhamdulillah, masih rasa keberkatan mereka yang banyak mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. harapnya doa itu tiada berhenti. amin.. perkataan 'sudah dua bulan' atau 'baru dua bulan' kadang datang silih berganti. 'sudah dua bulan' tapi aku masih rasa seperti baru semalam berkahwin, kebahagiaan jelas terasa (waaa.. suami kat malaysia, aku kat korea ㅠ.ㅠ). 'baru dua bulan' tetapi banyak yang telah aku pelajari dari perkahwinan ini, dan masih belajar.
kalau dulu... semua benda yang aku buat, aku post dan comment kat facebook, cara pergaulan, ikut suka hati anak angkat kucing aku je. selepas berkahwin, aku mula sedar yang aku melambangkan suami aku dan dia melambangkan aku.