Penyanyi yang semakin dikenali dengan lagu Aku Suka Dia ini mengakui tidak mendaftarkan diri sebagai pemilik akaun YouTube dan memilih Facebook sebagai tempat dia mencurahkan hasil kerjanya.
Bagaimanapun, penuntut jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terkejut apabila ada peminat misteri bertindak memadam klip video asalAku Suka Dia yang sudah mendapat capaian 800,000 penonton Youtube pada hujung bulan Februari lalu.
"Ada orang beritahu lagu itu tak ada dalam YouTube, saya jadi panik sekejap memikirkan macam mana boleh jadi begitu. Saya memang tak ada akaun Youtube sebab selama ini ada orang yang muat naik ke situ.
"Di YouTube orang kenal saya tapi saya tak boleh nak jawab soalan kenapa Aku Suka Dia dah tak ada di YouTube. Tapi ada peminat saya yang baik hati buat salinan kedua lagu itu," jelasnya.